ASSALAMMUALAIKUM..WELCOME TO MY BLOG!.I'M JUST A SIMPLE PERSON WHO ALWAYS TRYING TO IMPROVE MYSELF..IN ORDER TO SEARCHING THE BLESSING OF ALLAH...IT'S ALL ABOUT MY STORY, MY LIFE, MY WORLD!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 17 February 2012

Ayat 1000 Dinar

Kelebihan Ayat Seribu Dinar






Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3.
Kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :

-Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara. -
Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

-Di baca ketika hendak menaiki kenderaan.

-Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insyaAllah si pesakit akan sembuh.
/>[http://ibnismail.wordpress.com]

Ayat ini mengandungi seribu faedah jika diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak tiga kali, insyaAllah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak disangka-sangka dan Allah akan menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung daripada segala bala di darat dan di laut.
Jika mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh negara, beramal lah selalu dengan ayat ini selepas solat lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah SWT.

Jika masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakal kepada Allah, baca ayat ini sesudah solat lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
[http://alivewire.wordpress.com]

No comments:

Post a Comment

Drop Your Comment Here!. ^_^