ASSALAMMUALAIKUM..WELCOME TO MY BLOG!.I'M JUST A SIMPLE PERSON WHO ALWAYS TRYING TO IMPROVE MYSELF..IN ORDER TO SEARCHING THE BLESSING OF ALLAH...IT'S ALL ABOUT MY STORY, MY LIFE, MY WORLD!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 26 February 2013

Jika anda selalu mendengar Radio IKIM.FM, pasti anda pernah mendengar Puisi ini...



Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu di wudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan...

Tutuplah aurat mu sebelum aurat mu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih...

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai..
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa..

Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah...
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus...
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solatJenazah yang tanpa rukuk dan sujud,
Dapat membayar hutang rukuk dan sujud mu yang telah luput?

Sungguh tertipulah diri mu jika beranggapan demikian.
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat..
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad

Menjadi makanan cacing dan makanan ulat...
Iringilah dirimu ke masjid,.
Sebelum kamu diiringi ke Pusara...
Tangisilah dosa‐dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’...

Sucikanlah dirimu, sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu, sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan...
Berimanlah kamu, sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal..
Bukan yang pergi...

Beristighfarlah kamu sebelum kamu di istighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan...
Ingatlah dimana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan di bumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan...

Justeru bila DIA menyeru,..sambutlah seruan‐NYA
Sebelum DIA memanggil mu buat kali yang terakhirnya...
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti.
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti...
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu..

Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu...
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat...
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat...
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia...
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia...

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan...
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan...
Pada hari itu tiada berguna Harta,..takhta dan putera..
Isteri,.. kad kredit dan kereta..
Kondominium..,saham.dan niaga...

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia... :'(

Mari mengupdate blog lagi......Ape citer kali ni?..

Ok....ape citer kali ni?...Kali ni aku nak berkongsi kegembiraan aku dengan korang semua. Alhamdulillah, 7hb 2 yang lepas ,..aku baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran ku yang ke__..Hehehehe..Dan seperti biasa, my bestie Fara with her husband apiz and my dear hubby turut sama memeriahkan majlis kelahiran ku yang di sambut secara kecil kecilan di Restoran Bora Asmara, Sg. Penchale. TTDI KL.

Then,....berlalu lah seminggu selepas itu. Tiba2 aku terperahsan yang aku dah lewat datang bulan. Nak masuk hari ke 5 dah. Hari khamis malam jumaat tu, aku gi masuk bilik. Bukak blk laci tempat aku simpan Pregnancy Test Kit tu. Macam nak cube je..Tapi takut2. So aku ambik keputusan untuk tunggu lagi 2 hari untuk cukupkan seminggu...But around 4.30am, aku tibe2 terjaga nak ke tandas. And tibe2 teringat pasal pregnancy test tu. Ambik kejap...Belek2 dulu...Bukak kotak dia pelan2...Masuk bilik air......................................

Nampak kan?..2 jalur merah tu?..

Alhamdulillah!..Alhamdulillah!..Alhamdulillah...Allahuakbar......Mata aku x puas2 merenung 2 tanda garisan merah kat pregnancy test tu. Makin lama semakin terang..and terang..Terus aku gi kejut syamil yg still tgh tido (pukul 4.30 pagi lg tu kot)..Nak kongsi perasaan aku dengan org yg tersayang. Dia terus terbangun and.."haa?..nape?..dah siang ke?..pukul bape dh ni?..lambat nk gi keje ke?"...Hahahahaha!...tergelak aku..terus aku tunjukkan pregnancy test td. Syukur kami ke hadrat Allah. Lepas tu...syamil dah tak boleh tido dah. Terus bersahur and puasa pada keesokkan harinya. Dan bg ku, di atas tikar sejadah ku panjatkan syukur dan sujud kepadaNYA. Terasa kecilnya diriku sebagai hamba Allah S.W.T...Terima Kasih ya Allah. Ini hadiah hari lahir yang terindah bagi ku... :(

Pagi tu..hati ku berbunga-bunga. Tapi still tak nak bagitau keluarga dulu. Coz still kene buat test kat klinik. So, lepas habis keje and solat maghrib, aku temankan syamil berbuka kat luar b4 gi klinik. Dag dug dag dug..Masuk klinik...Doctor x buat pun urine test coz aku dah buat mase kat umah. So just ultrasound je la..Aku ajak syamil temankan skali. Hanya di batasi dengan tirai. Then, skali lagi aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. Aku memang disahkan hamil dkt 5 minggu. Maksudnya dah sebulah lebih dah. Terus doc panggil syamil untuk tgk skali ultrasound td. Dia yang sejak dari pagi tadi cool je..tiba2 banyak mengajukan soalan2 dkt doktor. Ishhh...tetiba mata aku masuk habuk ni..........Hurmm...Malam2 tu, aku dah suami menghubungi keluarga masing2 untuk sama2 berkongsi kegembiraan ini....

Ni gambar ultrasound. Still kecik lagi.. :)

Sekarang, usia kandungan ku dah masuk 2 bulan. Kene sentiasa jaga pemakanan dan setiap perbuatan. Ku harapkan,..semoga diri ku dan kandungan ku..juga suami ku..dan ahli keluarga kami sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T dan dilindungi olehNya selalu. Doakan lah yang terbaik untuk kami...InsyaAllah..Aminnnnn..... ^_^