ASSALAMMUALAIKUM..WELCOME TO MY BLOG!.I'M JUST A SIMPLE PERSON WHO ALWAYS TRYING TO IMPROVE MYSELF..IN ORDER TO SEARCHING THE BLESSING OF ALLAH...IT'S ALL ABOUT MY STORY, MY LIFE, MY WORLD!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 23 February 2012

Pencarian kembar bumi - "KEPLER 22b"


PENYELIDIKAN untuk membuktikan kewujudan makhluk asing seperti yang digambarkan dalam filem Hollywood seperti E.T. dan Avatar sudah lama dimulakan. Begitupun, belum ada bukti yang dapat menyokong teori itu.

Malah, hidupan lain seperti bakteria dan tumbuh-tumbuhan di bulan atau planet lain juga tidak diketahui kewujudannya.

Bagaimanapun, penemuan sebuah planet baharu yang mempunyai banyak persamaan dengan bumi awal minggu ini oleh pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat memberi dimensi baru dalam penyelidikan tentang kehidupan di angkasa lepas.

Diberi nama Kepler -22b, planet yang terletak di luar sistem suria bumi itu berada di dalam zon boleh dihuni.

Ia mempunyai suhu selesa yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk seakan musim bunga iaitu sekitar 22 darjah Celcius.

Bahkan, keadaan geofizikalnya yang mempunyai air dan tanah melengkapkan lagi potensi terbaik planet tersebut untuk menampung kehidupan.

Dengan saiz 2.4 kali lebih besar berbanding bumi, planet itu ditemui melalui teleskop Kepler milik NASA yang dilancarkan pada tahun 2009 untuk mencari planet-planet baru.

"Penemuan Kepler -22b adalah satu sejarah baharu manusia.

"Sebelum ini pakar astronomi pernah menjumpai dua planet di dalam zon sama tetapi ia tidak mampu menampung kehidupan," ujar Profesor Astronomi di Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat (AS), Geoff Marcy.

Persamaan

Geoff yang juga perintis usaha mencari planet di luar sistem suria bumi menjelaskan, penemuan planet baharu ini membuktikan penerokaan NASA untuk mencari planet serupa bumi tidak sia-sia.

"Walaupun perlu meneroka jauh di luar angkasa, kita sebenarnya semakin hampir dengan matlamat itu," katanya.

Selain suhu yang selesa, tanah dan air, Kepler -22b yang jaraknya dikatakan 15 peratus lebih dekat dengan bintang seakan matahari berbanding bumi.

Kepler turut mengelilingi 'bintang matahari' itu dalam tempoh 290 hari setahun iaitu hampir menyamai 365 hari setahun di bumi.

Sejak dilancarkan pada akhir 2009, Geoff dan Pasukan Teleskop Angkasa Lepas Kepler telah berjaya mengenal pasti 1,200 planet namun penemuan sebelum ini dikenal pasti tidak mempunyai ciri sesuai untuk dihuni.

Misi yang menelan berbilion dolar itu dilancarkan untuk mencari planet seakan bumi dengan merentasi permukaan bintang asing.

TELESKOP Kepler yang meneroka angkasa luar.

Oktober lalu, NASA mendedahkan sebuah kapal angkasa miliknya telah menjumpai sistem tiga planet luar biasa yang mengandungi satu planet Super Bumi dan dua planet bersaiz Neptun mengorbit bintang seakan matahari kita.

"Teleskop Angkasa Kepler menemui tiga planet di sekitar bintang Kepler-18, yang 10 peratus lebih besar daripada matahari kita dan mengandungi 97 peratus jisim matahari," ujar Bill Cochran, ketua pengkaji di Universiti Texas.

Jelasnya, sistem asing juga boleh menjadi perumah kepada lebih banyak planet daripada apa yang telah ditemui setakat ini.

Kesemua tiga planet yang diberikan nama Kepler-18b, c dan d itu mengorbit lebih dekat dengan bintang induknya berbanding Utarid mengelilingi matahari.

ASTEROID Lutetia yang dikatakan material asal yang membentuk Bumi, Zuhrah dan Utarid.

Misi utama Kepler bukanlah untuk mengenal pasti planet mana yang mempunyai hidupan namun ia sekadar petunjuk kepada ahli astronomi mengenai planet yang berpotensi untuk hidupan.

Dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 50 bilion planet di dalam galaksi Bima Sakti dengan lebih kurang 500 juta daripadanya terletak di zon Goldilocks yang mempunyai iklim sesuai untuk hidupan.

"Satu daripada empat bintang yang serupa dengan matahari dalam galaksi Bima Sakti didapati menempatkan banyak planet bersaiz bumi sekali gus mencadangkan bahawa sistem yang menampung kehidupan seperti di bumi mungkin lebih banyak terdapat berbanding jangkaan sebelum ini," ujar Borucki.

Boleh dihuni


Dia turut memberitahu, pasukan penyelidiknya telah mengenal pasti 200 bintang yang mempunyai planet dalam zon boleh didiami.

Saintis mengambil masa bertahun-tahun bagi mengenal pasti terdapat 100 bilion bintang di dalam Bima Sakti.

Namun, pada tahun lepas di Yale, saintis mendapati jumlah tersebut menghampiri 300 bilion bintang.

Saintis Kepler, Natalie Batalha berkata, jumlah tersebut melibatkan galaksi Bima Sakti sahaja dan terdapat 100 bilion galaksi.

"Pertambahan jumlah bintang yang ditemui menimbulkan persoalan adakah terdapat hidupan lain di alam semesta dan jawapannya tidak diketahui.

Walaupun jarak Kepler -22b itu jauhnya 600 tahun atau 5,760 trilion kilometer dari bumi, keadaan itu bukan halangan untuk para saintis angkasa lepas mengkaji tentangnya," kata Natalie.


SUMBER: KOSMO

Tuesday, 21 February 2012

Resepi - Ketam Bertelur dan Gulai Ayam Masak Tempoyak

Wahhhh!!!...Kene cube ni.....

Resepi Ketam Bertelur
Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur (buh lebih skit pun bley kottt)
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar
Cara memasak:
Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
Masukkan secawan air
Masukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul, Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.
Resepi Ayam Masak Tempoyak
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam – Ayam dipotong dan dibersihkan
1/2 inci kunyit hidup
15 biji Cili padi (merah)
5 sudu Tempoyak (pastikan tempoyak asli)
Daun kesum
Garam Secukup rasa
Gula (saye x suke buh gule dalam masakan)
Serbuk perasa
Cara-cara:
Kunyit hidup }ditumbuk
Cili padi }ditumbuk
Tempoyak }digaul bersama bhn ditumbuk
Masukkkan ayam dan air kemudian campurkan bahan yang telah ditumbuk tadi. Bila dah hampir masak masukkan daun kesum.

Nota Jari:Malam ni lauk sardin je..... ='p

Friday, 17 February 2012

Ape nak buat weekend ni??..

Esok dah sabtu. Cepatttnyer mase berjalan. Nak wat ape besok ni ye?...Hurmm....Cam banyak bende nak buat..

Ayat 1000 Dinar

Kelebihan Ayat Seribu Dinar






Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3.
Kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :

-Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara. -
Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

-Di baca ketika hendak menaiki kenderaan.

-Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insyaAllah si pesakit akan sembuh.
/>[http://ibnismail.wordpress.com]

Ayat ini mengandungi seribu faedah jika diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak tiga kali, insyaAllah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak disangka-sangka dan Allah akan menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung daripada segala bala di darat dan di laut.
Jika mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh negara, beramal lah selalu dengan ayat ini selepas solat lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah SWT.

Jika masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakal kepada Allah, baca ayat ini sesudah solat lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
[http://alivewire.wordpress.com]

GHOST RIDER - 2

Semalam pegi tengok citer Ghost Rider kat The Curve. Bersemangat nak tengok citer ni on the 1st day. Tapi bile dah tengok...Hurmmmmm...Aku bagi 2/5 jer markah. Tak banyak sangat action and bagi aku, biase2 je. Aku lagi suke part 1 yang dulu. Aku rase pasni mesti ade sambungan lagi kot. Coz api Ghost Rider dah bertukar jadi kaler biru plak. Baik la tu konon..dah tukar kaler..Hehehehehe...

Thursday, 16 February 2012

Fiesta belon udara kembali ke Putrajaya

FIESTA tahunan Belon Udara Panas Putrajaya kembali lagi dengan menampilkan 25 buah belon udara panas dari 12 buah negara.Edisi keempat fiesta yang bakal berlangsung dari 15 hingga 18 Mac itu pastinya memberikan inspirasi kepada orang ramai dengan tarikan reka bentuk, saiz dan warna yang pelbagai.Pelawat edisi tahun lepas yang dianggarkan berjumlah 250,000 orang pasti tidak lupa dengan keunikan beberapa belon udara panas yang berbentuk figura dari filem Star Wars, Darth Vader, selain watak kartun Doraemon.
Fiesta 2012 dilancarkan di Putrajaya baru-baru ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin. "Ini acara yang membanggakan Malaysia dan ia benar-benar acara antarabangsa yang berasal sepenuhnya dari negara ini. Penganjurannya menarik penyertaan warga tempatan dan asing dari seluruh dunia," kata Raja Nong Chik. Raja Nong Chik berpendapat, fiesta itu akan berperanan sebagai sebuah program pembangunan bagi generasi muda dan akan mendedahkan mereka kepada aktiviti istirehat yang berguna. Mengekalkan tema 2011, 1Dunia. 1Malaysia. 1Fiesta (1World. 1Malaysia. 1Fiesta) Tugu Milennium di Putrajaya sekali lagi menjadi tuan rumah fiesta yang menyeronokkan ini. "Hanya segelintir acara tahunan di Malaysia yang menyaksikan penyertaan semua lapisan masyarakat di satu tempat sepanjang tempoh empat hari," kata Ketua Pegawai Eksekutif AKA Balloons Sdn. Bhd., Khairudin Abdul Rani. Antara negara yang mengesahkan penyertaan mereka adalah Amerika Syarikat, Belgium, Poland, Belanda, Perancis dan Thailand. Dengan penyertaan dari hampir setiap benua di dunia, acara ini menjadi landasan baik untuk menggabung satu dunia. "Tahun lepas, kita menyaksikan penyertaan 28 pemilik belon udara panas tetapi pada tahun ini angka itu dikurangkan kepada 25 oleh kerana ruang yang terhad selain mengambil kira aspek keselamatan," kata Khairudin.
Pada satu daripada empat hari itu, pemilik-pemilik belon akan menghidupkan pembakar propana dan membiarkan belon mereka naik dan mencetuskan panorama yang indah. Satu pertunjukan bunga api akan turut mewarnai langit pada malam itu. "Pertunjukan cahaya malam ini akan berlangsung pada 17 Mac ini. Ini acara tahunan kami," kata Khairudin. Tengku Abdillah Tengku Hassan, Presiden Persekutuan Sukan Penerbangan Malaysia berkata, acara tahun ini akan memperkenalkan satu elemen baharu iaitu satu permainan yang dikenali sebagai Hare and Hound (Arnab dan Anjing Pemburu) bagi pemilik belon udara panas."Pada setiap hari sepanjang fiesta, sebuah daripada belon udara panas milik Malaysia berperanan sebagai hare iaitu ia akan terapung jauh, sebelum belon yang lain naik, seolah-olah bertindak sebagai hound. Objektif hound ialah untuk mengambil laluan yang sama dan mendarat di tempat yang sama, setepat yang mungkin," katanya.Walaupun ia mungkin nampak mudah, permainan ini mencabar. Faktor-faktor seperti perubahan altitud dan pertukaran arus udara akan menguji kemahiran pengendalinya.

"Belon udara panas yang mengumpul bilangan mata tertinggi mata akan diumumkan sebagai pemenang pada hari terakhir acara," kata Tengku Abdillah.Selain daripada acara utama, acara tujuga akan menyaksikan fiesta basikal, ragbi street touch, bersiar dengan helikopter, aktiviti sukan air dan aktiviti sukan lasak. - Bernama

Lawak Petang Hari.....Jom bace....

Seorang wanita terjatuh dari tingkat 80 sebuah hotel. Dia menjerit sekuat-kuat hati. Ketika tubuh wanita itu sampai di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris yang terdengar jeritan tadi, menyambut di balkoni. Wanita : Terima kasih sebab selamatkan saya… Lelaki Inggeris : Sama-sama, tapi awak kena balas budi saya… Wanita : Bagaimana? Lelaki Inggeris : Tidur dengan saya… Wanita : Tak guna, engkau ingat aku apa?! Tidak!! Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu yang terus menjerit sekali lagi. Di tingkat 50, seorang lelaki Perancis berjaya menyambut wanita tersebut. Wanita: Terima kasih, anda dah selamatkan saya… Lelaki Perancis: Sama-sama, tapi anda harus membalas budi… Wanita: Bagaimana? Lelaki Perancis: Tidur dengan saya… Wanita: Kurang ajar, kamu ingat saya ni wanita bagaimana! Aku tak mau! Lelaki Perancis: Kalau begitu tak guna aku selamatkan kamu… Lelaki Perancis melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50, 40 dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Dia mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, wanita itu tidak kisah lagi jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab telah berjaya menyambut wanita itu. Belum sempat lelaki Arab ibersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata… Wanita: Terima kasih, awak telah menolong saya. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan awak. Lelaki Arab: Astaghfirullah hal azim (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut).................

Wednesday, 15 February 2012

P.Ramlee - Syarat2 nak keje..Hahahaha!!..

Suke dialog ni...

Tinggi :5kaki 2inci,x ade..3suku??..haaaa!!..ade!..

Berat :56 kati...Apa da..mcm daging


Teknik pertahanan ringkas untuk wanita... Bley la cube praktikkan. Tak payah buat sampai step 8..Sampai 4 dah cukup. Tapi step 3 dan 4 tu kene buat dengan penuh semangat la...Hehehehehe...

myMetro | Mesin lentur kepala

Ngeri lak aku bace Harian Metro hari ni.... Mesin lentur kepala Oleh Alias Abd Rani lias@hmetro.com.my KUCHING: Seorang pekerja kilang keluli mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan tangan kirinya hancur akibat terperosok dalam mesin melentur logam di sebuah kilang di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, semalam. Mayat Hamid Bujang, 32, dari Kampung Tanah Putih, Serian, ditemui rakan sekerjanya yang curiga apabila ternampak satu ‘objek’ melekat pada mesin berkenaan ketika mahu memulakan kerja, kira-kira jam 6 pagi. Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai cuba membengkok besi tanpa menyedari kepala serta tangannya terlalu dekat dengan mesin berkenaan. Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, selepas ternampak mangsa tersangkut pada mesin dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia segera menutup suis mesin berkenaan, namun usahanya terlambat kerana mangsa sudah meninggal dunia. “Dia (Hamid) berpengalaman lebih 10 tahun bekerja dan mengendalikan mesin di kilang ini. Kebiasaannya, ada beberapa pekerja lain ditugaskan mengendali mesin di kilang ini, tetapi pada hari kejadian, hanya dia seorang saja yang bekerja. “Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam. Sepasukan anggota polis turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menjalankan siasatan. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu. Beliau berkata, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUS untuk bedah siasat. “Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Tuesday, 14 February 2012

Kotak Mancis + Spider

Hari tu, time lunch, lepak2 ngan abg2 kat opis ni sambil berborak-borak tentang permainan zaman sekarang dengan permainan zaman2 dulu..Zaman2 skang, banyak duk umah je coz dah ade bermacam-macam permainan online. Tapi kalau zaman dulu2.......... Aku teringat mase zaman aku kecik2 dulu, selalu main lompat getah, kad transformer yg ade mcm kuasa tu(heheheh),..tembak2 gune senapang kayu pakai terung berembang or terung yg bulat2 kecik tu, men rounders,..men baling2 selipar, men konda kondi and yang paling aku sukeeee...men laga2 spider dalam kotak mancis..Ngeeeee...cam nyeksa haiwan je kan?..Aku x takut spider yg kecik2 kaler hitam tu. Tapi kalau jumpe spider yg agak2 besar duit sepuluh sen tu pun, dah bley buat aku lari mcm nampak hantu..='p..Biasanya, spider yg kecik2 ni banyak kat daun2 dkt pokok2. Dah dapat, terus je masukkan dalam kotak mancis. Bubuh la sikit daun2 kan...bg dier makan. hehehehe...Then, jumpe kengkawan lelaki men laga2 spider..masukkan dalam satu kotak yg same...kalau spider tu mati, maknenyer kite kalah la tu..Hahahaha!...kesian spider..... Tu belum lagi citer mase aku main masak2..Masak berudu rebus bubuh dalam tin susu yg kosong!...Hehehehe..tu nanti2 la citer... ='p

Jadi model sekejap... ^_^

Ahad lepas, dapat tawaran jadi model sambilan berbayar untuk satu butik kat bangi ni. Actually baju2 ni sesuai untuk ibu2 yg menyusukan baby terutama ibu2 muslimah..Tapi xpe, esok2 kalau dh kawin and ade baby sendiri, dah tau dah kat mane nak beli baju2 muslimah yg sesuai untuk ibu2 ni.."MumDreams" merupakan gedung pakaian khas untuk IBU HAMIL dan IBU yg MENYUSUKAN bayi. Ia diilhamkan oleh seorang ibu,..khas untuk ibu-ibu terutama Ibu2 Muslimah. Bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi, mumDreams juga menawarkan keperluan lengkap untuk ibu hamil, penjagaan ketika berpantang, keperluan ibu menyusu dan juga keperluan bayi. Terima Kasih Kak Lin a.k.a owner of butik "Mum Dreams" (http://mumdreams.com.my/estore/) yg sporting..Upss!!, X lupe juge kepada photographer "Aat Khairul Hizard" (http://www.facebook.com/khAt.photo)yang telah menjemput liz. Terima Kasih Banyak2 ye...

I Will Always Love You Whitney Houston Video The Bodyguard

Semalam, terkejut plak bile dengar penyanyi pujaan aku ni dh xde. Tetibe jer. Punca kematian masih dalam siasatan..Hurmm, ape pun Whitney, may u rest in peace..I will always love you...
(Tetibe teringat cerita "The Bodyguard")....

Monday, 13 February 2012

UNIC - Doa Dhuha

Alhamdulillah. Jumaat lepas, x henti2 aku berdoa moga Allah murahkan rezeki ku dan amalkan membaca doa dhuha ni.. Dan malam tu, dapat panggilan sebagai model berbayar untuk sebuah butik muslimah terutama untuk ibu2..Bersyukur sangat. Terima Kasih ya Allah.. ^_^

It's My Birthday!! ... ^_^

Alhamdulillah,... 7hb 2 yang lepas, genap usia ku bertambah setahun lagi. "29"...It is just a number...Hehehehe..Bagus la, sambut Thaipusam skali..Still nampak 25 thn kan??..kan?..kan?..Terima kasih kat tunang tersayang coz buat suprised. Hehehehe...Bile umur dah meningkat ni, tanggung jawab pun semakin banyak. Perlu kejar mase depan. Tak perlu tunggu mase depan itu sendiri yang mengejar kita. Sepanjang 29 tahun ni, macam-macam cabaran dan dugaan yang aku harus tempuh..(cam kat medan perang kan?...rempuh je)..Kadang2 memang aku lemah. Kadang-kadang aku rasa aku sendiri. Tapi Alhamdulillah, keajaiban itu sentiasa hadir tanpa kita sedar. Aku bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa ada time susah senang,.seorang kekasih yg juga tunang tersayang yang x jemu2 melayan karenah aku yang macam2 hal ni. Dia lah yang memberikan kekuatan kepada ku di saat2 aku jatuh dulu. Dia la yang perlahan-lahan menyambut tgn ku untuk bangun semula. Dia la yang memberikan semangat menceriakan hidup ku...Tak lupa juga kepada kedua ibu bapa dan adik beradik ku yang tersayang. Aku anak ke-4 dari 6 orang adik beradik. Tapi aku memang dari dulu suka dimanjakan. Dalam adik beradik pun, aku kire kecik skit. Hehehehe..Teringat masa zaman kecik2 dulu, aku ngan adik badik suke main nyorok2. Aku hanya ada seorang abang. Kemana je dia pegi, aku mesti nak ikut. Time main nyuruk2 pun, mesti nak geng ngan dia. Kacik2 dulu perangai memang tomboy skit. Panjat bumbung umah, panjat pokok kelapa, ikut abg naik motor lepak ngan kwn2 lelaki mase lepas abis ngaji, melastik burung, men laga2 spider letak dalam kotak mancis,..(hehehehe),..men tembak2 gune senapang kayu yg abg aku buatkan...Berbalik pada cerita nyuruk2 td. Di sebabkan badan aku yg kecik ni, memang senang nak nyuruk. Kadang2 aku menyuruk dalam bakul baju..kadang2 dalam karpet sampai x bernapas rasenyer :abg aku punye keje la tu..Hahahaha!!...kadang2 sampai nyuruk atas bumbung umah..Memang seronok kenangan masa kecik2. Oh yer, dulu aku jugak suke memancing. Selalu ikut abah pegi memancing udang galah kat sungai sabak tu. Tapi sungai tu banyak buaya. Kadang2 baru campak joran, abah dah start enjin bot pergi dari situ. Memule tu aku pun heran. Lame2 baru la aku tau......... Sekarang ni, aku tgh fokus beberapa perkara dalam hidup aku. Sentiasa cuba yang terbaik untuk masa depan aku. Kadang2 ada gak yang x puas hati dengan apa yang aku buat. Tapi aku x kisah. Selagi apa yang aku buat tu x menyalahi agama dan undang2. Kalau nk tutup mulut org memang payah kan?..silap2 kalau nk tutup, dorang gigit lak..Soo...biarkan je la..Lame2 dorang senyap la tu. Mudah2an Allah kurniakan kebahagiaan, kekuatan, dan murahkan rezeki ku. Aminnn..Alhamdulillah, kenangan yang lama tu biarlah jadi kenangan. Yang pahit tu, mungkin memang susah nak lupakan tapi xpela. Sekurang-kurangnya, jadikan itu pengajaran...... ^_^

Friday, 3 February 2012

Kenangan mase kecik2.. ^_^ Sailor moon -Theme song

Hehehehe..mase kecik2 dulu, time citer sailormoon ni keluar, semua adik badik aku duk tgk citer ni. Al-maklumla...aku ade 5 org adik badik pompuan and sorang abang..Then, masing2 berebut pilih wirawati masing2. Aku jadi sailor moon and kakak2 aku ade yg jd sailor jupiter, sailor mars,..sailor venus...hehehehehe.....

Titisan Tinta Seorang Mujahidah - KHA, 19 JAN 2012 10:40 | KHAIRUNNISA ASSILA

Titisan Tinta Seorang Mujahidah KHA, 19 JAN 2012 10:40 | KHAIRUNNISA ASSILA Seindah hiasan adalah wanita solehah... Adelaide, Febuari 2009 Tepat 7.30 pagi aku tiba di Adelaide Airport. Negara kangaroo dan koala. Pertama kali menjejakkan kaki ke tempat yang aku rasakan begitu asing buat diriku. Namun, aku beruntung kerana aku bukanlah keseorangan di sini. Aku berjaya menyambung pelajaran di sini bersama kawan-kawanku yang lain. Teringat perbualan kami beberapa hari lepas. "Eh, nanti masa cuti winter, kita pergi jalan-jalan nak tak? Sydney ke, Melbourne ke. Gold Coast pun seronok jugak." Kata Nani sambil mulutnya sibuk mengunyah burger. Ketika itu, kami berhenti rehat seketika di Kfc Mid Valley setelah membeli beberapa barang keperluan untuk dibawa ke Australia. Sekadar persiapan terakhir. Ajakan Nani disambut riang kawan-kawanku yang lain. Aku seperti biasa, turut serta mengangguk tanda setuju. Tidak sabar untuk menunggu saat itu tiba. Setelah mengambil baggage, aku menolak troli beg-beg ku keluar. Ada beberapa kawanku yang sudah mendahului ku berada di satu kawasan. Aku segera menuju ke situ. Mataku terpandang kelibat dua orang yang asing bertudung litup di tengah-tengah kawan-kawanku. Bila aku sampai di situ, salah seorang daripada mereka berdua menghulurkan tangan. "Assalamualaikum. Panggil akak, Kak Ida. Yang ni Kak Ija. Siapa nama adik?" Huluran tangannya ku sambut. Tergamam sebentar apabila salaman bukan hanya sekadar salaman. Tapi disertai dengan pelukan mesra. Terkejut, namun aku terasa ada suatu ketenangan bersama mereka berdua. Adelaide, Julai 2009 Sudah hampir 5 bulan aku di sini. Sekarang musim dingin sudah tiba. Kesejukkannya bagai menggigit tulang-belulangku. Ketika itu aku baru saja selesai solat subuh. Keseorangan di ruang solat di rumahku. Aku melihat ke luar jendela. Langit yang mula kekuningan. Terdengar kicauan burung sayup-sayup diluar. "Mungkin ibu burung dah mula mencari rezeki buat anak-anaknya." Bisik hati kecilku. Tiba-tiba terasa hangat pipiku. Air jernih itu mulai turun lagi. Saat itu, segala kenangan sepanjang berada di Adelaide bagai berputar-putar di mindaku. Ada sesuatu yang bagai mengetuk-ngetuk jiwa ini. Ketukan yang bertalu-talu namun ia memberi ketenangan. Aku sedar. Aku sentiasa lain daripada kawan-kawanku. Topik yang selalu menjadi perbualan kami sentiasa berkisar kepada keindahan dunia. Aku sedar akan kekurangan diri. Mungkin itu yang menjadi titik tolak kepadaku untuk mencari. Mencari sesuatu yang mampu merawat kepedihan hati. Aku tak menyalahkan kawan-kawanku. Mungkin kerana perasaan rendah diri yang terlalu kuat yang membuatkan aku sentiasa rasa kekurangan. Tapi, pengakhirannya menjejaskan diri aku sendiri. Jiwa memberontak. Walaupun aku berteman, namun aku sentiasa rasa keseorangan. Aku selalu bertanya, "Ya Allah, kenapa kau berikan kekurangan ini padaku. Sedangkan mereka yang lain Kau kurniakan kelebihan. Yang selamanya takkan sesekali aku miliki." Rintihan yang seringkali aku tanyakan di atas sehelai sejadah yang menjadi saksi kepada segalanya. Persoalan itu sentiasa menjadi sebab kenapa air jernih ini sentiasa mengalir. Tapi, itu dulu. Pagi ini, titisan yang sama mengalir tapi bukan atas sebab yang sama. Kali ini, ia mengalir atas doaku yang berlainan dengan keinginanku dahulu. "Ya Allah. Aku mahu menjadi seorang wanita yang solehah." Air jernih itu terus-terusan mengalir. Di atas sejadah yang sama, namun kali ini dengan lafaz yang berbeza. Aku yang sekarang dan aku yang dulu. Aku tahu aku mencari sesuatu. Walaupun aku pun tak pasti apa yang aku cari. Namun, aku sentiasa mencari sesuatu yang mampu memberi ketenangan kepada jiwa. Dahulu, dalam setiap sujud solatku, dalam setiap bacaan Al-Quran, aku sentiasa cuba mencari ketenangan itu. Namun, tak pernah sedikitpun damainya ku temui. Dan sekarang, di bumi yang jauh dari tanah air, aku rasakan bahawa sesuatu yang aku cari selama ini bagaikan semakin mendekati. Sesuatu yang mampu memberi ketenangan kepada hati. Sesuatu yang akan menghilangkan perasaan kekurangan yang aku rasa selama ini. Kenapa ketenangan ini tak ku temui dahulu? Aku cuba menilai kembali diriku sendiri. Apa matlamat hidup aku selama ini? Adakah semata-mata untuk mengejar kecantikkan duniawi? Setiap malam sebelum tidurku, bibir ini sentiasa mengucapkan kalimah syahadah. Namun, sehampir mana hubungan yang aku bina dengan Allah? Sebanyak mana pernah hati ini rindu pada kekasih Allah? Aku tunaikan kewajipan solat. Namun, sekhusyuk mana aku dalam setiap bacaan, setiap rukuk, setiap sujud ku? Seusai solat maghrib,aku membaca Al-Quran hampir setiap malam. Namun, pernahkah aku cuba fahami setiap butir isi kandungannya? Aku bagaikan baru dibangkitkan dari lena yang panjang. Terasa baru menemui jawapan kepada setiap persoalan. Terlalu banyak episode-episod yang berlaku di sini yang memberi pentarbiyyahan kepada diri. Aku seorang pemerhati. Dan ketukan yang aku dapat adalah kerana aku memerhati dan mencari. Qudwah hasanah mereka yang mengetuk hati. Aku mahu menjadi seperti mereka. Walaupun aku tahu aku tak layak. Siapalah aku untuk menjadi seorang wanita solehah. Aku dipenuhi dosa. Kisah hidup aku dipenuhi noda. Aku teringat lewat di suatu petang, ketika berada di dalam bas dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis tutorial di universiti. Hati terasa ingin membuka tafsir yang berada di dalam beg sandangku. Pada helaian itu, pandanganku bagai terpaku pada satu ayat yang cukup menggetarkan jiwa. Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53) Terasa sebak di hati. Ya Allah, aku mahu berubah. Aku tak perlukan lagi kecantikkan dunia. Aku tak perlukan lagi keindahan dunia. Aku tak perlukan lagi kemewahan dunia. Aku tak perlukan lagi kesenangan dunia. Kerana aku tahu aku tak akan pernah berasa puas jika aku memilikinya. Adelaide 2010 "Akak, saya nak pakai tudung, boleh tak?" Tersenyum naqibah ku mendengarkan pertanyaanku. "Yang bertutup itu jauh lebih dicintai Allah." Pendek jawapannya, namun sudah cukup untuk memberi kekuatan kepada diri. Aku sedar aku sudah mula berubah. Sedikit demi sedikit. Walaupun jauh lagi matlamat yang aku inginkan. Tapi aku kumpulkan kekuatan satu demi satu. Kerana aku yakin suatu hari nanti aku pasti akan berjaya sampai ke matlam
atku. Menjadi wanita solehah. Dengan izinNya. Adelaide, Oktober 2010 Setahun yang lalu, aku mahu berubah. Dan aku dihulurkan pertolongan untuk berubah. Namun sebenarnya kekuatan untuk berubah itu sentiasa berada dalam diri setiap insan. Cuma kita yang tiada keberanian untuk memulakan. Sekarang, tanggungjawab aku semakin bertambah. Tiba masa untuk aku pula merubah. Kerana aku yakin di luar sana pasti ada jiwa-jiwa yang turut sama mencari. Pencarian kepada satu jawapan yang selama ini sentiasa berada di sisi. Pencarian kepada pergantungan Ilahi. Moga pengakhirannya adalah penemuan hakikat kemanisan iman dan islam yang sebenar. Itulah kemenangan abadi. Malaysia, 26 November 2011 Tenang wajahnya saat melafazkan akad. Seorang akhi yang tidak begitu aku kenali. Cuma sekali-sekala bertemu atas urusan tarbiyyah. Saat cincin disarungkan, aku menangis lagi. Kali ini tangisan ini adalah tangisan kesyukuran. Atas kurniaan Tuhan. Tarikh 26 November dipilih atas permintaanku. Kerana tarikh ini bersamaan 1 Muharram 1433 Hijrah. Tarikh yang merupakan titik tolak penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w. Tarikh yang aku ingin abadikan sepanjang hidupku. Tanda penghijrahan. Peringatan buat diriku. Bahawa aku pernah berhijrah. Penghijrahan yang bermula atas sebab cintakan keindahan yang membawa aku kepada keindahan cinta hakiki. Cinta Ilahi. Sekarang, di atas sejadah yang tetap sama, matlamat aku makin bertambah. -Mahu menjadi seorang isteri solehah. -Mahu menjadi qudwah hasanah. -Mahu menjadi daie yang merubah. -Mahu menjadi bidadari syurga firdaus. Amin Ya Rabb. - Artikel iluvislam.com

Kesian plak makcik ni. Ntah ape masalahnyer. Sadis sungguh..

Thursday, 2 February 2012

Alolololo comelnyer kucing ni naik kekure... ^_^

Bosan.......

Cuace ptg2 yg mendung ni...buat aku lagi ngantuk. bosan rasenyer. hari ni mmg xde mood. Soo, update la skit2 blog..Buat music box...Hehehehe...layan...jgn x layan......