Yuhhuuuuu!....Assalammualaikum & Salam Sejahtera uols.
Fuhhh!, bln 5 ni bulan yg penuh dengan aktiviti pindah umah sampai kdg2 kesihatan pun x terjaga. Tap tup tap tup tau2 dah masuk minggu untuk berjumpe Dr. Mahanum last week for 2nd checkup.
Ok..So hari khamis yang lepas, kebetulan aku and hubby mc coz x sihat and masing2 penat uruskan umah baru. (Jap lg aku update psl umah baru lak ye)...Eh, nak tanye pengalaman ibu2 mengandung ni,...pernah x rase kaki kejang sebelah je dari buku lali sampai tulang pinggul?..Tu yg aku rase sampai susah nk berjalan. Tp Alhamdulillah, kene sebelah je and skang dah kurang skit. Dr. ckp keadaan ni biasa untuk ibu2 mengandung.
For 2nd checkup ni, aku kene buat blood test plak. Selain daripada prosedur2 biasa such as ambik tekanan darah, timbang berat, scan and urine test. Untuk blood test ni, report dia siap dalam mase seminggu. So aku mmg perlukan report tu untuk buat insurans for baby yg bakal lahir ni nanti. Tgh hari td, aku jalan la pelan2 gi klinik Dr. Mahanum yg terletak x jauh dr opis. Tak ramai org pun. Masuk2 je terus jumpe Dr. She said,..."Puan Liza kekurangan darah merah skit ye"..Suspen lak aku dengar...Then aku tanye DR blk, whether serious or not. Then Dr explain...Paras Hemoglobin (HB) yg normal antara 11.5-16.5. So aku nyer HB just 10.7.
DR. Mahanum ckp still ok lg but kene jugak tambahkan. Kene rajin makin kerang, sayur2an, bijirin or daging...Ooooo...kurang darah rupenyer aku ni. InsyaAllah, pasni akan ku jaga lagi pemakanan ku demi untuk kesihatan ku dan baby. InsyaAllah....Kat sini, aku nk post satu artikel berkenaan penyakit Anemia or kekurangan darah merah yg boleh membahayakan nyawa baby or mother....Jom bace!.....
---------------------------------------------------------------------------------------
Paras hemoglobin rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan anemia. Secara purata
hampir 80% wanita yang sedang hamil akan mengalami paras hemoglobin yang rendah atau Hb rendah.
Mengapa ianya terjadi?
Peningkatan dalam isipadu darah
Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
Penurunan kadar hemoglobin normal.
Punca anemia selama kehamilan juga boleh meliputi:
Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet anda
Kekurangan asid folat
pendarahan gastrointestinal
Kehilangan darah dari pendarahan buasir
Bahkan jika anda mengambil jumlah zat besi dan asid folic yang cukup, anda masih boleh menjadi anemic kerana perubahan besar proses pencernaan anda semasa kehamilan.
Risiko anemia semasa kehamilan juga menjadi lebih besar:
Jika anda mempunyai morning sickness teruk dengan muntah sering
Jika anda mempunyai dua atau lebih berturut-turut kehamilan
Jika anda mempunyai kehamilan berganda
Jika diet anda mempunyai kandungan cukup besi
Jika aliran haid sebelum kehamilan itu berat
Keadaan ini menyebabkan anda boleh menyebabkan 18-27 gram zat besi setiap hari ketika ibu hamil. Malah jika tidak menerima cukup vitamin B12 atau asid folik, kehilangan sejumlah besar darah, atau beberapa penyakit darah warisan seperti sickle cell disease juga boleh menyebabkan anemia semasa kehamilan.
Bagaimana mengenal pasti bahawa anda mengalami anemia semasa mengandung?
Kebiasaannya ketika menjalani pemeriksaan kehamilan di klinik-klinik kesihatan atau swasta atau antenatal di hospital kerajaan atau swasta, ujian akan dijalankan.
Tanda-tanda lain adalah keletihan yang berlebihan. Jika keadaan menjadi parah, maka anda akan pengsan, pening, kulit pucat, degupan jantung cepat atau tidak teratur, dan sesak nafas.
Cara menangani?
Jika punca anemia adalah kerana kandungan zat besi tidak cukup, maka keadaan ini dirawat dengan tablet atau pil zat besi. Anda harus mengambilnya dengan makanan untuk mengelakkan mual.
Jenis-jenis Anemia dan cara pemakanan.
· anemia ringan (Hb 9-11gm%)
Boleh makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin
· Anemia teruk (<8gm%)
Ibu hamil mungkin akan diberi:
Suntikan Zat Besi (Imferon)
Pemindahan darah
selain makan makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin
Pemakanan yang membantu meningkatkan Hb merupakan makanan yang kaya zat besi, seperti daging lembu, roti gandum dan bijirin, telur dan buah-buahan kering.
Makan makanan yang tinggi asid folic seperti bibit gandum, kacang-kacangan, mentega kacang, oatmeal, cendawan, sawi, brokoli dan asparagus.
Makan juga makanan yang tingg vitamin C, seperti buah-buahan citrus seperti oren, sayur-sayuran mentah makanan.
Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih cekap.
Walaupun hati haiwan(lembu, ayam dan ikan cod) tinggi kandungan zat besi, namun hati haiwan mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai Retinol. Kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yang mengambilan retinol yang berlebihan selama kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi memiliki bayi dengan cacat lahir seperti kelainan dari wajah, kepala, jantung dan sistem saraf.
Berikut adalah contoh minuman yang dapat membantu meningkatkan Hb menggunakan buah-buahan kering yang tinggi kesemuanya ~ vitamin C dan zat besi, iaitu kurma merah cina atau buah jujube.
Pemakanan yang membantu meningkatkan Hb\
Makan makanan kaya zat besi, seperti daging lembu, roti gandum dan bijirin, telur dan buah-buahan kering.
Makan makanan yang tinggi asid folic seperti bibit gandum, kacang-kacangan, mentega kacang, oatmeal, cendawan, sawi, brokoli dan asparagus.
Makan juga makanan yang tingg vitamin C, seperti buah-buahan citrus seperti oren, sayur-sayuran mentah makanan.
Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih cekap.
Walaupun hati haiwan(lembu, ayam dan ikan cod) tinggi kandungan zat besi, namun hati haiwan mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai Retinol. Kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yang mengambilan retinol yang berlebihan selama kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi memiliki bayi dengan cacat lahir seperti kelainan dari wajah, kepala, jantung dan sistem saraf.
KESAN KEPADA IBU :
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit
KESAN KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth