ASSALAMMUALAIKUM..WELCOME TO MY BLOG!.I'M JUST A SIMPLE PERSON WHO ALWAYS TRYING TO IMPROVE MYSELF..IN ORDER TO SEARCHING THE BLESSING OF ALLAH...IT'S ALL ABOUT MY STORY, MY LIFE, MY WORLD!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 29 June 2012

Kenapa Aku Bersedih?..

Ramadhan akan datang tak lama lagi. Tinggal beberapa hari je sebelum umat Islam menunaikan salah satu Rukun Islam yang ke-3. Ntah kenapa tahun ni aku rasa sedih plak dan tak sabar nak menunggu bulan Ramadhan. Ntah kenapa. Seolah-olah Ramadhan kali ini seperti Ramadhan yang terakhir buat aku. Mudah-mudahan xde la macam tu. Masih banyak amalan yang kurang untuk bawak bekal ke akhirat nanti.....

Lepas bulan puasa nanti, InsyaAllah aku akan mendirikan rumah tangga dengan si dia yang tersayang. Terasa agak sedikit teruja + gembira sebab masa dah tak lama je lagi. Aku akan jadi halal buat si dia. InsyaAllah. Aminnn...Cepat je masa berlalu. Banyak lagi persediaan yang belum selesai. Alhamdulillah, ada keluarga, dan adik beradik yang menghulurkan pertolongan dan pendapat.

Tapi dalam gembira-gembira ni pun,...hati aku still rasa sedikit sedih. Aku tak tau kenapa. Seolah-olah ada kaitan antara Ramadhan kali ini dengan masa depan ku nanti. Bila kat bilik sorang2 kat umah ataupun tengah2 sibuk kat opis pun aku bley terpikir, apa sebabnya??..Kenapa hati aku rasa sedih...Dan jawapan yang aku dapat;..Ini adalah Ramadhan ku yang terakhir sebelum bergelar isteri. Ramadhan sebagai seorang yang bujang dan bersuami sudah tentu ada kelainan. Dan mungkin aku akan rindukan zaman2 dulu sebelum betul boleh membiasakan diri. Aku pasti akan rindu untuk bangun sahur dengan emak kat kg. Malam raya gotong royong adik beradik buat tugasan yang dah ditugaskan setiap sorang. Selalunya aku tukang masak ketupat satu periuk. Dalam 100 biji..Hehehe..Banyak kan?..Memang saudara mara aku suke makan ketupat yg buat sendiri tu daripada ketupat nasik impit.

Memang lah itu semua TIDAK bermakna aku takkan ulang balik apa yang biasa aku lakukan masa tibanya bulan Ramadhan. Tapi dah tentu situasi nanti memang akan sedikit berbeza. Cuma apa yang aku harapkan, dengan masa depan ku yang baru nanti, aku dapat sama-sama berkongsi kebahagiaan, keceriaan di kampung bersama bakal suami ku, bakal keluarga mertua ku dan seterusnya, untuk anak-anak ku...........INSYAALLAH...

Sentiasa berdoa untuk jadi yang lebih baik dari masa2 lalu. Semoga Allah kuatkan iman ku dan memimpinku ke jalan kebahagiaan. Aminnnn....


No comments:

Post a Comment

Drop Your Comment Here!. ^_^