Mrs Norliza
Wednesday, 25 July 2012
Selasa ku yang sangat2 meletihkan.. =)
Semalam, selasa 24/07/12 adalah hari yang menguji kesabaran dan stamina di dalam bulan puasa ni. Hehehe...Tapi Alhamdulillah, segala nya berjalan lancar. Semalam aku mintak cuti kat bos nk balik kampung coz nak pegi pejabat agama daerah sabak bernam selangor. Nak mintak cop untuk borang nikah. Al maklumlah, PAID x bukak on weekend.
Pagi hari selasa tu, terus bawa semua dokumen2 yang berkaitan iaitu borang nikah lelaki dan perempuan yang telah lengkap untuk di cop dan ditandatangani oleh ketua pendaftar PAID. Tak la lama sangat nak menunggu. Dalam 15 minit, urusan pun selesai. Owhh, kene bayar RM10 ye...Hehehehe...Selesai je urusan di PAID, aku, emak, adik and tunang tersayang terus bergerak ke pejabat yang menguruskan kanopi di sungai besar. Memule tu berpusing pusing skit la sebab x tau jalan. Dengan cuaca yang panas terik time tu, memang menguji kesabaran. Tapi masih boleh sabar dan kuatkan semangat. Yang penting, kene berfikiran positif!..Badan dah lemah, tapi jangan bagi minda dan semangat kite pun lemah ye..Chaiyok!...Chaiyok!!!...Hasilnye,....Alhamdulillahhhh...sampai gak kat tempat kanopi tu and segala urusan berjalan dengan lancar. Pueh hati den!..
Selepas settle je bab kanopi and hiasan meja semua, kami bergerak ke kedai pakaian2 yang ada menjual cadar untuk perkahwinan. 2-3 kedai gak la kami survey untuk bandingkan harga..Dah jumpe dah yang sesuai...Tap tup tap tup tgk jam dah pukul 3. Terus balik umah dulu. Solat zohor and rehat sekejap sebelum pegi pasar ramadan. Sempat la tido dalam sejam setengah...Then petang tu around 6, pegi pasar ramadhan plak. Beli air tembikai, air mata kucing, kuih muih, pau kacang, ayam goreng bob, and laksa untuk adik. Kat umah emak dah masak nasik ngan ikan tongkol masak lemak cili api and taugeh goreng. Selesai je berbuke and solat maghrib, kami bersiap siap plak untuk balik ke Kuala Lumpur..X dapat gi terawih semalam...Sampai je Kl around 10.30. Then kemas barang sikit2, mandi solat and tidooo...Kol 4.30 kene bangun balik. Nak panaskan lauk yang mak bekalkan untuk sahur tadi..Sayanggggg mak..
Weekend ni, aktiviti mencari kasut untuk bersanding plak...I luv it!!.... ^__^
Monday, 23 July 2012
4 Alasan Basi Orang Yang Suke Ponteng Puasa
Bila tiba bulan Ramadhan, semua umat Islam diwajibkan menjalani ibadah puasa selama sebulan. Tetapi, ada jugak yang malas berpuasa. Mereka menipu dengan memberi pelbagai alasan.
Apa alasan yang biasanya digunakan oleh org2 yang malas puasa ni?
1. Gastrik
-Penyakit yang paling popular apabila Ramadhan menjelma. Asal masuk bulan puasa ja, gastrik. Asal gastrik ja, masuk bulan puasa. Kalau benar-benar sakit, takpela. Ini yang pura-pura sakit.
2. Datang Bulan
-Ini pulak golongan wanita atau pengkid yang malas puasa selalu guna. Kalau betul datang bulan, memang la haram puasa. Ini sampai sebulan haid, apa cita? Jangan ada lelaki yang menyamar jadi nyah semata-mata nak pakai alasan ni dahla. Heheh..
3. Tak Sengaja / Terlupa
-Tengah sedap makan2 sampai separuh kenyang, terkantoi plak ade orang nampak. Maka alasan TERlupa digunapakai. Kalau hari pertama puasa, mungkin boleh diterima. Tapi kalau hari-hari terlupa, memang nak kena operate saraf otak tu.
4. Lupa niat
-Kalau terlupa niat tanpa sengaja, wajib niat dengan serta merta apabila teringat dan teruskan berpuasa. Bukannya terus layan makan. Kalau hari-hari lupa, memang ada masalah la tu.. Biasakan diri sebelum tidur untuk berniat puasa.
Abu Umamah menuturkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :
”Ketika aku tidur, aku didatangi oleh dua orang laki-laki, lalu keduanya menarik lenganku dan membawaku ke gunung yang terjal. Keduanya berkata, ”Naiklah”. Lalu kukatakan, ”Sesungguhnya aku tidak mampu.” Kemudian keduanya berkata,”Kami akan memudahkanmu”. Maka aku pun menaikinya sehingga ketika aku sampai di kegelapan gunung, tiba-tiba ada suara yang sangat keras. Lalu aku bertanya,”Suara apa itu?” Mereka menjawab,”Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka.”
Kemudian dibawalah aku berjalan-jalan dan aku sudah bersama orang-orang yang bergantungan pada urat besar di atas tumit mereka, mulut mereka robek, dan dari robekan itu mengalirlah darah. Kemudian aku (Abu Umamah) bertanya,”Siapakah mereka itu?” Rasulullah SAW menjawab,”Mereka adalah orang-orang yang berbuka (membatalkan puasa) sebelum tiba waktunya.
[HR. Ibnu Khuzaimah dalam shahihnya]
Kesimpulannye, jangan la kita menipu dengan memberi pelbagai alasan semata-mata malas nak berpuasa ye. Contohnyer, menipu yg diri x sihat tp sebenarnye malas nk puasa. Nanti Allah makbulkan ape yang kita mintak tu bebetul nanti,..baru nak menyesal...Hehehehe..So,...pose tau....jangan x pose... ^_^
Thursday, 5 July 2012
Jatuh dan Bangun...
Tersentak sejenak dentakan jantung
Mendapat khabar kurang senang
Impianku kecundang
Oh entah di mana salah silapnya
Sedangkan semua dah dicuba
Hati asyik memikir
Dunia dah berakhir
Begitulah perasaannya
Kecewa dalam usaha
Manis dah hilang nikmatnya
Pahit yang jelas ketara
Tapi bila direnungkan
Makin kaya pengalaman
Memberikan kekuatan
Untuk bangun semula
Kadangkala kita pantas berlari
Mengejar apa di hadapan
Tersandung pula halangan
Biar luka hanyalah sementara
Tinggalkan parut kau dah usaha
Jangan jadi alasan
Berhenti separuh jalan...
Tuesday, 3 July 2012
Ketibaan Malam Nisfu Syaaban
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.
PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”
Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.
Subscribe to:
Posts (Atom)