ASSALAMMUALAIKUM..WELCOME TO MY BLOG!.I'M JUST A SIMPLE PERSON WHO ALWAYS TRYING TO IMPROVE MYSELF..IN ORDER TO SEARCHING THE BLESSING OF ALLAH...IT'S ALL ABOUT MY STORY, MY LIFE, MY WORLD!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 21 May 2012

Antara skandal, Isteri dan ............................

Bile dah lame x jumpe kawan lame yang tetibe je muncul,..hati rase seronok and happy. Coz dia salah seorang kawan baik lelaki yang aku kenal lebih dari 6 tahun. Teringat masa mule2 bekerja satu tempat dgn dier. Cepat serasi. Kuar makan same2 ngan kawan2 lelaki dkt opis dalam 15 org walaupun aku sorang je pompuan. Tapi dier dan kawan2 still respect aku sebagai seorang perempuan. Selalu ade time aku susah and senang..Selalu buat aku happy time aku sedih..Dulu, aku selalu teman dier pegi hantar komputer2 ke sekolah2 and customer2 yg lain. Kene ikut sebab nak buat report cara kerja kat bos. Sambil2 belajar apa yang patut.

Teringat ada satu mase tu, hantar komputer kat rumah customer yg ada bele anak beruk dalam umah. Sambil aku tulis2 buat report, sambil usha2 beruk.Takut2 dier melompat terkam aku ke ape ke kan. Nak dijadikan cerita, mmg anak beruk tetibe melompat kat tangan aku. Ape lagi,..habis pinggan pakcik tu aku baling kat beruk, dek kerana terlalu terkejut..Hehehehe...Sorry pakcik.... ='p

Mase berlalu......Tiap kali dier ade gf baru, mesti dier tunjukkan kat aku. Dier kadang2 x puas ngan sorang. Then aku sebagai kawan, nasihat gak. Takut satu hari nanti, perempuan2 yang dia sakiti tu akan datang balik susahkan hidup dier. Nasihat aku diterima dgn hati yg terbuka dan berjanji untuk berubah. Alhamdulillahh. Tahun berganti tahun...Akhirnya dia selamat berkahwin dan telah dikurniakan 2 org anak. Tapi,....takdir menentukan segala nya. Dia telah jatuh hati pulak kat sorang perempuan yang aku kire boleh tahan gak baiknya. Seorang anak yatim piatu yg dibela oleh keluarga angkat. Seorang yang lemah lembut, kuat berusaha dan berkerjaya. Kawan aku ni mmg dah niat nk jadikan dia sebagai isteri ke-2 dan tak mahu ade org lain lagi yang mengambil kesempatan di atas perempuan tu lagi. Dan dugaan sekali lagi datang..................

Kawan aku dan perempuan tu siap dapat ugutan dari "seseorang" iaitu bekas kekasih kawan aku yang td ni. Mengugut sampai perempuan yg anak yatim piatu ni tadi hilang kerja, di halau dari rumah sewa,...kene perhati dgn beberapa orang yang selalu memerhati gerak geri dia. Aku jadi kesian kat perempuan ni. Bukan salah die. Malah die siap nak undur diri dari menyusahkan kawan aku dan isterinya. Siap org jahat datang ke umah ugut sambil bwk parang. Walaupun dah buat report, tp untuk masa depan, dier sanggup buat ape saje demi kebahagiaan org yg dier sayang. And tetibe aku jadi marah kat kawan lame aku ni. Sebab ape yang aku katekan dulu, betul2 dah terjadi.

Skang ni, perempuan tu tu dah tuka no. hp, pindah rumah and dapat kerja baru. Aku harap lepas ni, dia dapat mulekan hidup baru. Bukan salah dier..Salah kawan aku sebab x berterus terang...Cume satu je aku pesan kat kawan aku tu....Lepas ni, buat sesuatu tu,..pikirkan la jugak mase depan. Memang kadang2 mungkin rase bangga or seronok kalau ramai skandal. Tapi tanggungjawab??...Tak banyak, mesti ade sikit yang kurang. Dan jawablah di akhirat nanti, mana perginya tanggungjawab kite tu?..Mana perginya adil?...And yang penting,...berterus terang...............



No comments:

Post a Comment

Drop Your Comment Here!. ^_^