ASSALAMMUALAIKUM..WELCOME TO MY BLOG!.I'M JUST A SIMPLE PERSON WHO ALWAYS TRYING TO IMPROVE MYSELF..IN ORDER TO SEARCHING THE BLESSING OF ALLAH...IT'S ALL ABOUT MY STORY, MY LIFE, MY WORLD!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 23 May 2013

Ku sangka kan dia orang gila tapi.....

....26 May 2011.....
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)

***Gambar hiasan semata-mata..

Tuesday, 7 May 2013

PINDAH RUMAH - PART 2

Alhamdulillahhhhhhhh...

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. Akhirnya aku dan suami tercinta dah selamat pindah ke rumah baru kami di Damansara. Penat kemas2 barang and setting ape yang patut. And bape kali ulang alik pegi kedai perabot and Home Deco untuk usha brg2 perhiasan rumah baru kami.

Buat mase ni, aku and hubby dah kemas skit2 mane yang boleh. Peti ais and Washing machine yang baru pun dah sampai. Paling aku lege, dah bley start masak kt umah baru. Yeyyy!...( I luv Cooking!).. :P

Tak lupe jugak kat kucing kesayangan kami, Bella dan 5 ekor anak nyer. Tapi baru weekend yg lepas ni kami terpaksa mengambil keputusan untuk meninggalkan Bella ngan 3 ekor lg anaknyer kat kg hubby kat Melaka untuk persekitaran yg lebih baik & untuk baby yg akan lahir nanti. We are sorry Bella. Jgn risau je. Kat melaka pun bella dapat tinggal kat persekitaran yg lg baik utk anak2nyer and tempat tido yg selese. 2 lg anak bella si Manggis and Bubu akan kami jage dengan baik. InsyaAllah. Kalau balik Melaka lg nanti, jumpe la balik dgn anak2 ko ye...(Tetibe teringat kat husband malam tadi mase otw blk ke KL from Melaka. Nampak sedih je kene tinggalkan Bella........)

Hurmmm...xpe..xpe..lama2 ok la nanti...So skang, aku and husband focus nk kemaskan lagi umah and buat apa yang patut. Hehehe..Dah ok semua nanti, insyaAllah nak buat HouseWarming. K la...itu je dulu ye..Nanti ade mase, update lg...Daaaaaaaaaaa...... ^_^

2nd Check up - 4 Months old!

Yuhhuuuuu!....Assalammualaikum & Salam Sejahtera uols.


Fuhhh!, bln 5 ni bulan yg penuh dengan aktiviti pindah umah sampai kdg2 kesihatan pun x terjaga. Tap tup tap tup tau2 dah masuk minggu untuk berjumpe Dr. Mahanum last week for 2nd checkup.

Ok..So hari khamis yang lepas, kebetulan aku and hubby mc coz x sihat and masing2 penat uruskan umah baru. (Jap lg aku update psl umah baru lak ye)...Eh, nak tanye pengalaman ibu2 mengandung ni,...pernah x rase kaki kejang sebelah je dari buku lali sampai tulang pinggul?..Tu yg aku rase sampai susah nk berjalan. Tp Alhamdulillah, kene sebelah je and skang dah kurang skit. Dr. ckp keadaan ni biasa untuk ibu2 mengandung.

For 2nd checkup ni, aku kene buat blood test plak. Selain daripada prosedur2 biasa such as ambik tekanan darah, timbang berat, scan and urine test. Untuk blood test ni, report dia siap dalam mase seminggu. So aku mmg perlukan report tu untuk buat insurans for baby yg bakal lahir ni nanti. Tgh hari td, aku jalan la pelan2 gi klinik Dr. Mahanum yg terletak x jauh dr opis. Tak ramai org pun. Masuk2 je terus jumpe Dr. She said,..."Puan Liza kekurangan darah merah skit ye"..Suspen lak aku dengar...Then aku tanye DR blk, whether serious or not. Then Dr explain...Paras Hemoglobin (HB) yg normal antara 11.5-16.5. So aku nyer HB just 10.7.

DR. Mahanum ckp still ok lg but kene jugak tambahkan. Kene rajin makin kerang, sayur2an, bijirin or daging...Ooooo...kurang darah rupenyer aku ni. InsyaAllah, pasni akan ku jaga lagi pemakanan ku demi untuk kesihatan ku dan baby. InsyaAllah....Kat sini, aku nk post satu artikel berkenaan penyakit Anemia or kekurangan darah merah yg boleh membahayakan nyawa baby or mother....Jom bace!.....

---------------------------------------------------------------------------------------

Paras hemoglobin rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan anemia. Secara purata hampir 80% wanita yang sedang hamil akan mengalami paras hemoglobin yang rendah atau Hb rendah.

Mengapa ianya terjadi?

Peningkatan dalam isipadu darah
Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
Penurunan kadar hemoglobin normal.
Punca anemia selama kehamilan juga boleh meliputi:
Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet anda
Kekurangan asid folat
pendarahan gastrointestinal
Kehilangan darah dari pendarahan buasir
Bahkan jika anda mengambil jumlah zat besi dan asid folic yang cukup, anda masih boleh menjadi anemic kerana perubahan besar proses pencernaan anda semasa kehamilan.

Risiko anemia semasa kehamilan juga menjadi lebih besar:
Jika anda mempunyai morning sickness teruk dengan muntah sering
Jika anda mempunyai dua atau lebih berturut-turut kehamilan
Jika anda mempunyai kehamilan berganda
Jika diet anda mempunyai kandungan cukup besi
Jika aliran haid sebelum kehamilan itu berat
Keadaan ini menyebabkan anda boleh menyebabkan 18-27 gram zat besi setiap hari ketika ibu hamil. Malah jika tidak menerima cukup vitamin B12 atau asid folik, kehilangan sejumlah besar darah, atau beberapa penyakit darah warisan seperti sickle cell disease juga boleh menyebabkan anemia semasa kehamilan.

Bagaimana mengenal pasti bahawa anda mengalami anemia semasa mengandung?
Kebiasaannya ketika menjalani pemeriksaan kehamilan di klinik-klinik kesihatan atau swasta atau antenatal di hospital kerajaan atau swasta, ujian akan dijalankan.

Tanda-tanda lain adalah keletihan yang berlebihan. Jika keadaan menjadi parah, maka anda akan pengsan, pening, kulit pucat, degupan jantung cepat atau tidak teratur, dan sesak nafas.

Cara menangani?
Jika punca anemia adalah kerana kandungan zat besi tidak cukup, maka keadaan ini dirawat dengan tablet atau pil zat besi. Anda harus mengambilnya dengan makanan untuk mengelakkan mual.

Jenis-jenis Anemia dan cara pemakanan.

· anemia ringan (Hb 9-11gm%)

Boleh makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin

· Anemia teruk (<8gm%) Ibu hamil mungkin akan diberi: Suntikan Zat Besi (Imferon) Pemindahan darah selain makan makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin Pemakanan yang membantu meningkatkan Hb merupakan makanan yang kaya zat besi, seperti daging lembu, roti gandum dan bijirin, telur dan buah-buahan kering. Makan makanan yang tinggi asid folic seperti bibit gandum, kacang-kacangan, mentega kacang, oatmeal, cendawan, sawi, brokoli dan asparagus. Makan juga makanan yang tingg vitamin C, seperti buah-buahan citrus seperti oren, sayur-sayuran mentah makanan. Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih cekap. Walaupun hati haiwan(lembu, ayam dan ikan cod) tinggi kandungan zat besi, namun hati haiwan mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai Retinol. Kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yang mengambilan retinol yang berlebihan selama kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi memiliki bayi dengan cacat lahir seperti kelainan dari wajah, kepala, jantung dan sistem saraf. Berikut adalah contoh minuman yang dapat membantu meningkatkan Hb menggunakan buah-buahan kering yang tinggi kesemuanya ~ vitamin C dan zat besi, iaitu kurma merah cina atau buah jujube. Pemakanan yang membantu meningkatkan Hb\ Makan makanan kaya zat besi, seperti daging lembu, roti gandum dan bijirin, telur dan buah-buahan kering. Makan makanan yang tinggi asid folic seperti bibit gandum, kacang-kacangan, mentega kacang, oatmeal, cendawan, sawi, brokoli dan asparagus. Makan juga makanan yang tingg vitamin C, seperti buah-buahan citrus seperti oren, sayur-sayuran mentah makanan. Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih cekap. Walaupun hati haiwan(lembu, ayam dan ikan cod) tinggi kandungan zat besi, namun hati haiwan mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai Retinol. Kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yang mengambilan retinol yang berlebihan selama kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi memiliki bayi dengan cacat lahir seperti kelainan dari wajah, kepala, jantung dan sistem saraf. KESAN KEPADA IBU :

· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan

· Mengalami keguguran

· Mengalami kegagalan jantung

· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin

· Risiko alami penyakit berjangkit

KESAN KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN

· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut

· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan

· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg

· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia

· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth