Mrs Norliza
Tuesday, 25 September 2012
Kau Yang Terindah......
Perkenalan pertama....di saat dia datang..Xde ape2 perasaan pun yang singgah dalam hati aku ini. Cuma memandang dia sebagai seorang yang "poyo" dan dia plak me label aku sebagai "budak kecik kerek"..Di perkenal kan oleh kawan kepada housemate aku..Mule2 mmg aku buat2 sombong skit..Al maklum la x bape kenal..Walaupun agak kacak..Hehehehe...Tapi disebabkan taik lalat dier yg spesel kat muka tu, aku jd tertarik..Ehh!...serius la...topik pertama aku tegur dier pasal taik lalat..Hahahaha!..Aku mmg suke tgk org yg bertaik lalat ni..Manisss jee.... ^_^
Then, terputus hubungan selama setahun sebelum kami berdua di takdirkan bertemu semula oleh Allah...Di pendekkan cerita,...selama 3 thn perkenalan, akhirnya kami pun selamat bernikah pada 31 Ogos 2012, hari Jumaat yg lepas..Senang nk ingat ulang thn..Mase hari merdeka..Alhamdulillah..
Skang ni aku bergelar sebagai seorang isteri kepada si dia yang sangat aku sayang. Sampai skang, kdg2 aku dan dia masih seolah olah sedang bermimpi. Tak sangka dah kawin..Bermacam macam dugaan, susah senang dan gelak tawa kami hadapi bersama. Aku suka masak kat umah. Nak makan sama2 dia. Aku cukup gembira bila dia selere makan ape yg aku masak. Susah aku nk gambarkan perasaan tu. Walau letih mcm mana sekalipun menguruskan rumah tangga, tapi bile tgk dia mkn penuh berselere, segala penat lelah aku hilang mcm tu je..Lapang dada...Terima kasih sekali lagi Ya Allah..
Ramai org mengatakan,.."eleyyy..time mule2 kawin je ni"...Tapi aku hanya mampu tersenyum. Aku bukan tiba2 tau masak or rajin masak bile dh berkawin..Tapi kebiasaan sejak dari kecik yg telah di ajar ibu ku yg tercinta, membuatkan aku..boley la masak kalau setakat masak kari ke, kicap ke, sambal ke, tom yam ke, lemak cili api ke dll. So, x rase pun ape yg aku buat tu hanya sekadar tanggungjawab atau time rajin je.. Tetapi sebagai kebaikan atau latihan untuk aku jugak. And x kurang juga org yg selalu mengatakan,..manis tu sekejap je...pegang2 tgn bile jejalan. Bile dah tua nanti..masing2 jln sebatu jauhnya..Aku selalu pesan pada si dia..Jika lupa, tlg lah ingatkan..Selalu perhatikan sama2 sepasang suami isteri warga tua yg berjalan berpimpin tangan..Alangkah bahagianya. Kalau boleh, jgn la manis itu hanya pada awal2 perkahwinan..Biarlah sampai ke akhir hayat...
Ingat ye, ape yang kita harapkan, apa yg kita perkatakan..mungkin akan jadi doa. Jadi, berharap lah, berfikir lah, berdoa lah, dah kata kan lah perkara2 yang baik je. Be positif..InsyaAllah..DIA Maha Mengetahui, Maha Memahami ape yg tersirat..dan apa yang tersurat...Mudah2an ikatan perkahwinan aku dan dia akan berkekalan sehingga ke hembusan nafas terakhir. Semoga sentiasa di limpahi kasih sayang dr Allah S.W.T, dimurahkan rezeki, di kurniakan anak2 yg soleh dan solehah, elok paras rupa dan perkerti, berjaya di dunia dan akhirat serta taat kepada ke dua ibu dan bapa nya. InsyaAllah...Aminnnn........ =)
~ Kau Yang Terindah ~ ....dalam hidup ku...... ^_^
Thursday, 6 September 2012
I'M Married!!..Cam tak caye je.. ^_^
Alhamdulillah,....Aku telah selamat bergelar sebagai seorang isteri kepada suami ku, Mohamad Syamil B. Mohamad Asraff pada 31 Ogos 2012, Jumaat selepas Asar. Alhamdulillah...Hari yang penuh bermakna..Jumaat yang penuh keberkatan. Tak dapat aku nak gambarkan apa yang aku rasa bile tiba time akad nikah. Gelisah ade, malu ade, risau ade,..takut2 pun ade...seronok pun ade..Hahahaha!...Walaupun dengan 3 kali lafaz!...
1 September 2012 plak, majlis persandingan di Dewan Tun Abd Razak Sabak Bernam Selangor. Ramai kawan2 yang x dapat datang sebab minggu tu memang minggu orang kawin kot. Tapi takpa, die orang akan datang ke majlis persandingan sebelah lelaki pulak pada 15/9 ni di Melaka, Datang tau,..jangan x datang. Kepada yang hadir hari tu, ribuan terima kasih di ucapkan terutamanya kepada YB Datin Salina, isteri kepada Dato' Warno Dogol, Menteri Besar Selangor yang sudi hadir pada majlis ku yang serba sederhana tu. Terima kasih jugak kepada mak abah, adik beradik, kawan-kawan, pengapit tersayang, dan photographer2 yang steady sambil2 turut melayan tetamu..Hehehehe..Dan segala kekurangan tu, mintak2 di ampunkan. Segala yang baik tu datangnya dari Allah......
Hari ni, 06/09/12 aku dah ade kat opis. Masuk keje sejak semalam. Tapi still xde mood nk wat keje. Terpikir untuk majlis sebelah melaka plak nanti on 15/9. Pastuuuu...Honeymoonnnn...Yeyyyy!!....Ni sambil2 menaip ni pun, fikiran aku melayang-layang fikir benda lain. Fikir nk kemas2 rumah, pindah2 barang yang x abis pindah lagi tu,..and perancangan untuk masa depan.
Sebenarnya, dulu aku memang x sangka pun yang hubungan aku dengan syamil bley tahan sampai lah ke jinjang pelamin. Al maklum la...dulu aku suke panggil dia mamat perahsan bagus..Dier plak suke panggil aku minah kerek..Hahahaha!...Semua tu mase zaman2 "remaja". Thanks kepada kawan2 yg cube "kenen2" kan aku ngan dia. Walaupun pernah setahun x jumpa (coz mase tu masing2 tgh frust putus cinta dgn ex masing2). Aku selalu berdoa pada Allah, mudah2an aku berjumpa dengan pasangan yang sesuai bg ku. Itu hanya Allah yang tau..Dalam sujud, terjaga tgh malam, time hujan lebat, or even tgh buat keje pun aku x jemu sambil2 berdoa pada Allah semoga dipertemukan dengan si dia yang telah tertulis di dalam buku suratan Illahi...Sampai la satu malam tu,...asyik mimpi je..terdengar2 suara suruh cari no hp suami ku td. Bukan sekali 2 mimpi, tapi hampir sebulan!...Last2 aku dapat no die dr ex housemate yang bekerja satu tempat dengan kawan suami ku. Then, hari pertama call, malam tu dia terus ajak aku tgk movie!..Hahaha!..Tiket tu sampai skang ade di simpan oleh oleh suami ku. Siap buh dalam frame lg tu..(sayang ler tuuu)..
Setiap kali pegi tgk movie, tiket2 tu aku simpan sebagai kenang2an. Seminggu selepas jumpa, terus janji dkt depan Masjid Besar Petaling Jaya dekat dgn Hospital Assunta. (itu pun sebab rumah sewa aku time tu dpn masjid)..untuk cuba kenali hati budi masing2..Tau2 dah 3 tahun lebih aku dan dia bersama. Sampai lah mengikat tali pertunangan pada 7/11/11 tahun lepas dan bernikah pada 31 ogos 2012 yg lepas. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang memberkati hubungan ini. Aku yakin, apa yang pernah aku lalui sebelum2 ni adalah sebagai tanda kasih sayang Allah pada hamba nya. Yang meyakinkan aku bahawa Allah sentiasa memerhatikan ku, yang menjadikan aku sebagai hambanya yang layak untuk menerima ujian yang kadang2 aku pun x sanggup nk hadapi. Tapi DIA Maha mengetahui. DIA tidak akan memberi sesuatu ujian yg berat itu kpd hamba2 nya melainkan di atas kesesuaiannya....Memang dulu aku ni agak nakal skit..Perangai pun dah mengalahkan org laki...Huhuhuhu.. ='p
Apa yang aku perlu buat sekarang adalah, memperbaiki diri ku supaya menjadi hambaNYA yang beriman dan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik dan seterusnya menjadi isteri yang solehah dan taat untuk suami ku. Bak kata professor Dr. Muhaya. "Sayang suami kat dunia je ke atau sampai akhirat?..Kalau sampai akhirat,..jage lah setiap perbuatan kita agar suami kite tidak menanggung dosa2 yang kita lakukan"..InsyaAllah!!..Semestinya aku sayang dia DUNIA AkHIRAT!..Nak bersama-sama dengan suami yang aku sayang di akhirat nanti. Aminnnnn...
Nanti aku sambung balik ye. Gambar pun x bley upload banyak ni. Coz nak tunggu dulu majlis dekat Melaka selesai dulu dalam 15/9 ni. So,...Tunggguuuuuuuuuuuuu!!.... ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)