Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti.
Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tanpa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu dan WAJIB di qada' kemudiannya. Jika ianya solat sonat tidak perlu mengqada'nya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya.
PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN
Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan
Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.
Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram
Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa
Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.
Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.
Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal sepeertu biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.
Kita tidak perlu mengubah tempat duudk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukat arah.
APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU ?
Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.
Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi megqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah.
Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa
Sumber rujukan : http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/solat_musafir.asp
---------------------------------------------------------------------------------------
1. Solat hormat waktu
Suatu tanggapan umum di dalam masyarakat ini ialah: jika seseorang itu tidak dapat melaksanakan solat dalam bentuk yang biasa diamalkan, dia hendaklah melakukan ‘solat hormat waktu’. Antara situasi yang memerlukan perkara itu seperti tidak dapat ‘menyempurnakan wuduk’ lantaran tangan atau kaki atau mana-mana anggota wuduk tidak boleh dibasuh seperti biasa atau berada di dalam kapal terbang atau seumpamanya. Apabila keadaan itu sudah pulih, wajib ke atas orang yang ‘solat hormat waktu’ itu mengqada’ kembali solat tersebut.
Para sahabah di zaman nabi S.A.W. A’isyah r.a menceritakan :
Terjemahan : «Bahawasanya beliau telah meminjam daripada Asma’ seutas rantai, lalu ia hilang. Maka Rasulullah S.A.W menghantar beberapa orang sahabat baginda untuk mencarinya. Lalu tiba waktu solat, dan merekapun solat tanpa wuduk. Apabila mereka mendatangi Nabi S.A.W, mereka mengadu hal tersebut, lalu turunlah ayat Tayammum»[8]
Al-Hafiz Al-Iraqi (725-806H) menyatakan bahawa ada empat pendapat dari Al-Syafi‘i berhubung solat tanpa taharah. Pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab (Al-Syafi‘i) ialah: wajib solat kerana menghormati waktu dan wajib mengulanginya jika mampu salah satu daripadanya (wuduk atau tayammum).[9] Pendapat yang keempat ialah: wajib solat dan tidak wajib mengulanginya. Ini adalah pilihan Al-Muzani, kata Abu Thaur : inilah yang menepati qiyas dan ia disebut oleh Ibn ‘Abd Al-Barr daripada sebilangan fuqaha’. Kata Al-Nawawi : sesungguhnya ia pendapat yang paling kuat dalil dan pendapat ini dikukuhkan oleh hadith ini iaitu mereka (para sahabah) solat tanpa wuduk sebelum turun ayat tayammum, dan tidak dinukilkan bahawa nabi S.A.W mengarahkan mereka untuk mengulanginya.[10]
Rujuk:
[8]. Al-Ansari, Zakaria Bin Muhammad. Syarh Al-Bahjah Al-Wardiyyah. http://www.al-islam.com
[9]. Al-Haithami. Majma‘ Al-Zawa’id wa Manba‘ Al-Fawa’id. http://www.alwarraq.com
[10]. Al-Iraqi, Abd Al-Rahim Bin Al-Hussain. Tarhu Al-Tathrib. http://www.al-islam.com