2-3 minggu yang lepas merupakan hari yang sangat bz rasenye bagi aku. Bukan bz ape..Bz berjalan gi kenduri kawin sambil2 makan angin. Hehehe. Awal bulan 12 hari tu, sehari suntuk berjalan dkt Universal Studio Singapore (USS). Agak menarik dan mengujakan bila dapat datang sana and mencuba hampir kesemua permainan2 yang menarik yang ada kat situ. Antaranya adalah seperti "Transformers" (paling aku suke), "The Lost World - Jurassic Park, Waterworld", "Madagascar", "Far Far Away", "Ancient Egypy" (2nd best for me), "New York", "Hollywood" dan banyak lagi..Tapiiii...x sempat naik Roller Coster..Mase mmg betul2 singkat rasenyer. Al maklumla..just pegi sehari and ikut rombongan staff mak mertua satu family + husband:mane bley tinggal)...Hehehehe...Takpe, InsyaAllah satu hari nanti aku akan datang lg..
Minggu seterusnya,..bergerak ke Kemaman Terengganu untuk menghadiri satu majlis perkahwinan kawan hubby. Bermalam di hotel semalaman and sempat jalan2 kat area bandar Chukai Kemaman. Tak banyak yang aku beli. Cuma selendang tudung sehelai, satey, keropok lekor (wajib kalau gi Terengganu),..dan yang sewaktu dengannya. Mase nak balik dari Terengganu tu, sempat singgah kat R&R dkt area Kuantan semata-mata nak makan ikan patin masak tempoyak. Aku x makan sangat. But hubby and kawan2 lain makan la jugak. Aku rase sesikit je...(Tipuuu!...banyak jugak kot hubby suap!)..Hahahaha!...
Settle bab Terengganu, minggu ni berkemas-kemas lak nk ke Kedah. Kampung ibu mertua kuuu...Al maklum la...semenjak berkahwin 31 Ogos yang lepas, x sempat2 lagi nak pegi melawat sambil2 berkenalan ngan sedara mara sebelah suami. So hari minggu ni, ini la masanya...Huhuhuhu...Nak bawak suami melawat sedara mara aku pun x sempat2 lg ni..Kena ade plan gak...Fuhh!!!..Kalau nak di ikutkan, tiap2 minggu aku penuh dengan aktiviti. Kene rancang elok2. Kadang2 hilang rase penat..Tapi seronok..
K, lah...sampai sini dulu..Nanti aku sambung update balik ek...Kat sini cam biasa lah,..aku sertakan skit gambar2 mase kat USS ngan Kemaman tu...Enjoyyyy!!... ^_*