Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu di wudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan...
Tutuplah aurat mu sebelum aurat mu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih...
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai..
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa..
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah...
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus...
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solatJenazah yang tanpa rukuk dan sujud,
Dapat membayar hutang rukuk dan sujud mu yang telah luput?
Sungguh tertipulah diri mu jika beranggapan demikian.
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat..
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat...
Iringilah dirimu ke masjid,.
Sebelum kamu diiringi ke Pusara...
Tangisilah dosa‐dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’...
Sucikanlah dirimu, sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu, sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan...
Berimanlah kamu, sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal..
Bukan yang pergi...
Beristighfarlah kamu sebelum kamu di istighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan...
Ingatlah dimana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan di bumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan...
Justeru bila DIA menyeru,..sambutlah seruan‐NYA
Sebelum DIA memanggil mu buat kali yang terakhirnya...
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti.
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti...
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu..
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu...
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat...
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat...
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia...
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia...
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan...
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan...
Pada hari itu tiada berguna Harta,..takhta dan putera..
Isteri,.. kad kredit dan kereta..
Kondominium..,saham.dan niaga...
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia... :'(
No comments:
Post a Comment
Drop Your Comment Here!. ^_^