ASSALAMMUALAIKUM..WELCOME TO MY BLOG!.I'M JUST A SIMPLE PERSON WHO ALWAYS TRYING TO IMPROVE MYSELF..IN ORDER TO SEARCHING THE BLESSING OF ALLAH...IT'S ALL ABOUT MY STORY, MY LIFE, MY WORLD!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 5 November 2012

Mimpi yg Terindah..Mungkin kah yg Terakhir..........



"Diriwayatkan drp Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Ketika aku berjalan bersama Rasulullah s.a.w di suatu tanah pertanian, baginda bertongkat pelepah tamar. Tiba-tiba datang sekumpulan orang Yahudi, sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Tanyalah dia tentang roh! Sebahagian lagi menyahut: Adakah kamu takut terhadapnya? Dia tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap kamu. Sebahagian daripada mereka tetap berkata: Tanyalah dia! Lalu sebahagian di antara mereka berjumpa Rasulullah s.a.w dan bertanya tentang roh. Nabi s.a.w diam tidak menjawab. Pada tanggapan aku ketika itu baginda sedang menerima wahyu. Abdullah berkata: Aku tetap berdiri di situ. Seusai wahyu turun, Rasulullah S.A.W menjawab dengan membaca ayat
"وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا "
Yang bermaksud: (Dan mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang roh. Katakanlah: Roh itu termasuk dalam urusan Tuhanku dan tidak lah kalian diberi melainkan sedikit sahaja ilmu pengetahuan). (Shahih Muslim No.5002)
_________________________________________________________

Pagi ni, aku bangun awal. Nak masak masak and sediakan hidangan untuk bersahur bersama-sama suami tersayang. Pukul 4.30am dah bangun and masak. Sambil2 tu, layan main Farmville-2. Dalam pukul 5.15am, siap dah masak. Makan sama2. Alhamdulillah...Terasa sesuatu yang begitu indah...

Lepas habis sahur, tunggu plak waktu subuh..Selesai sudah memohon doa kepada Allah, tibe2 hati aku jadi sebak. Teringat kat arwah abang. Lalu sekali lagi ku tadah kan tangan untuk mengirimkan Al-Fatihah kepada arwah yang ku rindui. Tak lupe juga untuk arwah nenek dan atuk yg di kasihi..Serta untuk diri ku sendiri, ibu bapa ku yg disayangi, dan adik beradik ku..Sebagai bekalan untuk satu hari yang pasti nanti..

Arwah abg, Khairul Nizam......meninggalkan dunia ini sewaktu aku masih belum lahir ke bumi..Ketika arwah di dalam lingkungan umur 2-3 thn. Meninggal ketika aku dan keluarga masih tinggal di rumah lama, Pantai Dalam Kuala Lumpur, kerana demam panas. Kalau arwah ade skang, aku akan panggil dier abg ngah. Sebab dia anak ke-2. Dulu aku x pernah tau yang aku pernah ade seorang lagi abang. Sehingga la aku melangkah ke sekolah rendah dan berpindah ke Sabak Bernam Selangor. Masa tu, pagi raya...Aku tengok abg long masuk ke dalam bilik dan aku terdengar tangisan sayup2 dr dalam bilik. Bila ku jengah, ku lihat along sedang memeluk dan mencium sepasang baju melayu kecil beserta sehelai kopiah berwarna hijau. Aku jadi bingung sekejap. Baju sape yang along pegang tu?..Dan bila aku semakin besar, baru lah aku tau yang aku pernah mempunyai seorang lg abg yang wajahnya seiras-iras rupa ku. Emak cakap, arwah abg berkulit kuning langsat seperti aku dan mempunyai raut wajah yg seakan-akan seperti aku.

Mendengarkan penjelasan dari emak, membuatkan aku terus tertanya tanya dan terus mengajukan soalan2 kpd emak. Emak cakap, arwah abang dulu kecik2 pun dah nampak tegas. Tak bagi sesiapa buli adik beradik dier. Mase arwah demam, mmg dah bawak hospital tapi doktor dah tak boleh nak buat apa2. Doktor suruh abah bwk abg balik umah. Allah lebih sayangkan abang.............

Selepas apa yg diceritakan oleh emak, aku jadi sangat rindu akan arwah abang dan berharap dapat menatap gambarnya yang dikatakan mirip wajah ku. Hari2 aku berdoa supaya dapat melihat wajah abang walaupun dalam mimpi. Sampailah suatu hari,.........Sewaktu tibanya bulan Ramadhan, pada hari Khamis malam Jumaat..Hanya Allah yang tau apa sebenarnya makna mimpi ku. Pada ketika itu, aku berada di sebuah taman yang penuh dengan bunga2an yang berwarna warni dan berbau harum. Nyaman dan tenang ku rasakan. Suasana yang damai. Aku bertinggung mencium bunga2 yang mengharum. Tiba2, dari kejauhan, dan semakin lama semakin dekat,...ku lihat seseorang sedang menghampiri perlahan-lahan. Aku pun berdiri. Dari jauh ku lihat seorang pemuda yg berpakaian serba putih dan bercahaya raut wajah nya. Dan bila semakin dekat, hati aku tiba2 jadi terlalu gembira,..melihat seorang lelaki dewasa yang mempunyai wajah seiras iras wajah ku. Dalam hati berkata... "Ni abang ke?"....Sejurus hati ku berkata-kata, lelaki itu menghulurkan sekuntum senyuman yang membuatkan aku berasa yakin, itu mmg arwah abg. Ku hulurkan tangan untuk memegang abang. Tapi makin ku mendekat,..makin abang menjauh. Tidak dapat ku gapai. Abang akhirnya hilang perlahan-lahan.......

Tersedar dari tidur, jam menunjukkan sekitar pukul 1 pagi. Hati ku berbunga-bunga..Menangis ku gembira. Lantas ku ucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana mempertemukan dia di dalam mimpi ku. Mungkinkah itu mmg arwah abang?..Atau hanyalah mainan syaitan di waktu tidur?..Tapi ketika itu di bulan mulia. Mungkin kah arwah dibenarkan oleh Allah untuk hadir dalam mimpi ku?..Pagi tu lepas sahur,..Terus ku ceritakan pada emak. Ku ceritakan fizikal pemuda yg ku temui dalam mimpi tadi. Emak cuma tersenyum dan senyap. Buat aku bingung. Sebelum mak membuka mulut dan berkata,.. "Mmg arwah pun ade dtg jenguk mak malam td". .....................Aku pulak terdiam..Dan tiba2 jadi sedih. Rindu ku melambai kembali. Mungkinkah aku akan diberi peluang sekali lg untuk bertemu arwah abang walaupun hanya di dalam mimpi?..Hanya doa yang mampu ku kirimkan untuk mu abang. Semoga kita dapat bersama-sama berkumpul satu keluarga di syurga nanti...InsyaAllah...........


Al-Fatihah.........................

No comments:

Post a Comment

Drop Your Comment Here!. ^_^