ASSALAMMUALAIKUM..WELCOME TO MY BLOG!.I'M JUST A SIMPLE PERSON WHO ALWAYS TRYING TO IMPROVE MYSELF..IN ORDER TO SEARCHING THE BLESSING OF ALLAH...IT'S ALL ABOUT MY STORY, MY LIFE, MY WORLD!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 6 September 2012

I'M Married!!..Cam tak caye je.. ^_^


Alhamdulillah,....Aku telah selamat bergelar sebagai seorang isteri kepada suami ku, Mohamad Syamil B. Mohamad Asraff pada 31 Ogos 2012, Jumaat selepas Asar. Alhamdulillah...Hari yang penuh bermakna..Jumaat yang penuh keberkatan. Tak dapat aku nak gambarkan apa yang aku rasa bile tiba time akad nikah. Gelisah ade, malu ade, risau ade,..takut2 pun ade...seronok pun ade..Hahahaha!...Walaupun dengan 3 kali lafaz!...

1 September 2012 plak, majlis persandingan di Dewan Tun Abd Razak Sabak Bernam Selangor. Ramai kawan2 yang x dapat datang sebab minggu tu memang minggu orang kawin kot. Tapi takpa, die orang akan datang ke majlis persandingan sebelah lelaki pulak pada 15/9 ni di Melaka, Datang tau,..jangan x datang. Kepada yang hadir hari tu, ribuan terima kasih di ucapkan terutamanya kepada YB Datin Salina, isteri kepada Dato' Warno Dogol, Menteri Besar Selangor yang sudi hadir pada majlis ku yang serba sederhana tu. Terima kasih jugak kepada mak abah, adik beradik, kawan-kawan, pengapit tersayang, dan photographer2 yang steady sambil2 turut melayan tetamu..Hehehehe..Dan segala kekurangan tu, mintak2 di ampunkan. Segala yang baik tu datangnya dari Allah......

Hari ni, 06/09/12 aku dah ade kat opis. Masuk keje sejak semalam. Tapi still xde mood nk wat keje. Terpikir untuk majlis sebelah melaka plak nanti on 15/9. Pastuuuu...Honeymoonnnn...Yeyyyy!!....Ni sambil2 menaip ni pun, fikiran aku melayang-layang fikir benda lain. Fikir nk kemas2 rumah, pindah2 barang yang x abis pindah lagi tu,..and perancangan untuk masa depan.

Sebenarnya, dulu aku memang x sangka pun yang hubungan aku dengan syamil bley tahan sampai lah ke jinjang pelamin. Al maklum la...dulu aku suke panggil dia mamat perahsan bagus..Dier plak suke panggil aku minah kerek..Hahahaha!...Semua tu mase zaman2 "remaja". Thanks kepada kawan2 yg cube "kenen2" kan aku ngan dia. Walaupun pernah setahun x jumpa (coz mase tu masing2 tgh frust putus cinta dgn ex masing2). Aku selalu berdoa pada Allah, mudah2an aku berjumpa dengan pasangan yang sesuai bg ku. Itu hanya Allah yang tau..Dalam sujud, terjaga tgh malam, time hujan lebat, or even tgh buat keje pun aku x jemu sambil2 berdoa pada Allah semoga dipertemukan dengan si dia yang telah tertulis di dalam buku suratan Illahi...Sampai la satu malam tu,...asyik mimpi je..terdengar2 suara suruh cari no hp suami ku td. Bukan sekali 2 mimpi, tapi hampir sebulan!...Last2 aku dapat no die dr ex housemate yang bekerja satu tempat dengan kawan suami ku. Then, hari pertama call, malam tu dia terus ajak aku tgk movie!..Hahaha!..Tiket tu sampai skang ade di simpan oleh oleh suami ku. Siap buh dalam frame lg tu..(sayang ler tuuu)..

Setiap kali pegi tgk movie, tiket2 tu aku simpan sebagai kenang2an. Seminggu selepas jumpa, terus janji dkt depan Masjid Besar Petaling Jaya dekat dgn Hospital Assunta. (itu pun sebab rumah sewa aku time tu dpn masjid)..untuk cuba kenali hati budi masing2..Tau2 dah 3 tahun lebih aku dan dia bersama. Sampai lah mengikat tali pertunangan pada 7/11/11 tahun lepas dan bernikah pada 31 ogos 2012 yg lepas. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang memberkati hubungan ini. Aku yakin, apa yang pernah aku lalui sebelum2 ni adalah sebagai tanda kasih sayang Allah pada hamba nya. Yang meyakinkan aku bahawa Allah sentiasa memerhatikan ku, yang menjadikan aku sebagai hambanya yang layak untuk menerima ujian yang kadang2 aku pun x sanggup nk hadapi. Tapi DIA Maha mengetahui. DIA tidak akan memberi sesuatu ujian yg berat itu kpd hamba2 nya melainkan di atas kesesuaiannya....Memang dulu aku ni agak nakal skit..Perangai pun dah mengalahkan org laki...Huhuhuhu.. ='p

Apa yang aku perlu buat sekarang adalah, memperbaiki diri ku supaya menjadi hambaNYA yang beriman dan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik dan seterusnya menjadi isteri yang solehah dan taat untuk suami ku. Bak kata professor Dr. Muhaya. "Sayang suami kat dunia je ke atau sampai akhirat?..Kalau sampai akhirat,..jage lah setiap perbuatan kita agar suami kite tidak menanggung dosa2 yang kita lakukan"..InsyaAllah!!..Semestinya aku sayang dia DUNIA AkHIRAT!..Nak bersama-sama dengan suami yang aku sayang di akhirat nanti. Aminnnnn...

Nanti aku sambung balik ye. Gambar pun x bley upload banyak ni. Coz nak tunggu dulu majlis dekat Melaka selesai dulu dalam 15/9 ni. So,...Tunggguuuuuuuuuuuuu!!.... ^_^

4 comments:

  1. so sweet your story kak... sebuah penantian yg sungguh worthwhile! :) semoga Allah terus merahmati kehidupan akak. insyallah.. barakallah! :)

    ReplyDelete
  2. hi elizz and shamil, SELAMAT PENGANTIN BARU! sorry lini tak dapat nak hadir kat majlis korang sebab hafiz keje... happy for both of you dan semoga kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya, Amin =)

    ReplyDelete
  3. Adik mun2: tenkiuu..InsyaAllah...Aminnnnn..Mudah2an..Doa2kan ye.... =)

    ReplyDelete
  4. nini: tenkiu nini...Aminnnnn...xpe, x dpt dtg kat sabak bernam, datang la kat melaka plak 15/9 ni. =)

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here!. ^_^