ASSALAMMUALAIKUM..WELCOME TO MY BLOG!.I'M JUST A SIMPLE PERSON WHO ALWAYS TRYING TO IMPROVE MYSELF..IN ORDER TO SEARCHING THE BLESSING OF ALLAH...IT'S ALL ABOUT MY STORY, MY LIFE, MY WORLD!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 30 May 2012

10 Kucing Terbesar di Dunia : Geram betul ngan kucing No. 3,4,5!..Comel sangat!..

Pernahkah anda melihat kucing yang sangat besar?.. Kalau belum, jom tengok gambar-gambar kat bawah ni...


1. Tiddles of Paddington Station


2. Tubcat


3. Xu Jirong Chinese Fat Cat.


4. The Dwallibees Kailee.


5. Sassy aka "Munchkin"


6. Mikesch, a German Fat Cat


7. Katy, a Russian Fat Cat


8. Leo, the World's Longest Cat


9. Riley, a 24-Lb. Maine Coon


10. Snowball the Giant Nuclear Mutant Cat

Tuesday, 29 May 2012

Puisi Anna Althafunnisa @ Oki Setiana Dewi - Seindah Nama Mu

QARIN - Kembar Manusia


Semalam lepas lunch ngan abg2 kat opis ni, sambil2 bertazkirah berkenaan kembar manusia, "Qarin". Sesuatu yang pernah aku dengar tapi masih kurang pengetahuan tentangnya....Apa itu QARIN?............

Firman Allah: "Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca “Bismillahhirrahmannirrahim” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.

Wallahu’alam….


LISTING FOR MY BIG DAY - PART 2!..

Assalammualaikum..

Hari ni pagi2 lagi sampai opis, terus call my dad. Nak mintak nama 2 orang saksi mase majlis akad nikah tu nanti. Nak kene isi borang online. Dari minggu lepas mintak and Alhamdulillah dah dapat. Jap lagi kalau x bz, sambil2 nak isi la borang tu nanti..Last weekend, pegi beli barang2 hantaran skit untuk si dia. Mak aii!!...sikit la punye berejam dier nak pilih kasut. Tu belum barang2 yang lain..Hehehehehe....Takpe..Takpe....Bagi can....

Bln 6 ni plak, nk set appointment ngan klinik kerajaan terdekat. Dh call dh staff kt klinik tu and they said, kalau nk buat appointment bln 6, kene call bln 6 coz buat mase ni dorang nak habiskan bulan 5 dulu. Ooooo...gitu plak. Ok la..Ok la.......

Eh lupe nak bagi tau!...Hari tu kan, mase pegi kedai kad kahwin kat Wangsa Maju tu, terlupe la plak nak amik contoh peta ke tempat pengantin perempuan..Hehehehe..My bad...my bad...Syamil punye peta dah ade. Amik contoh peta kat kad kahwin jiran dier. So aku plak, kene draf peta sendiri dulu before sent it to the staff there. Alhamdulillah semalam aku dah siap draf and dah email kat org tu. Nak tengok?...cantik tak aku lukis pelan?..Ekekekeke...Haaaaa....cer tengok kat bawah ni.........


Ok tak?...tu just nak tunjukkan pelan ke tempat pengantin perempuan je. Tarikh and nama semua, org kedai tu yang akan buat. Alhamdulillahhhh...Sikit2...Mudah2an Allah permudahkan segala urusan ku....Aminnnnnnnn....


Okeh!,...sambung lagi nanti................ ^_^

Friday, 25 May 2012

Carbonara lagi.......


Carbonara + Bebola Ayam

Bekal kan skit untuk si dia

Carbonara, Carbonara oh Carbonara!...Ye!!..Aku memang hantu carbonara!..Still tercari-cari lagi bagaimana untuk membuat spagetti carbonara yang betul2 sedap!..Setakat ni buat simple2 and org2 yg makan kate sedap. Hehehehe..Tapi x puas ati lagi. Nak cube jugak perbaharui lagi...

Jemput tengok semuaaaaaa..... ='p

Wednesday, 23 May 2012

Dia dan kenangan..



Tengah tgk2 album lame..Teringat kenangan dulu..Seorang perempuan yang bertubuh kecil yang banyak bercakap, agak bersikap kelelakian, suke ketawa, kuat berusaha and cepat mesra dengan kawan2. Seorang perempuan yang agak degil, suke memberontak, suke mencabar diri untuk buat sesuatu yang baru, and kadang2 suke bersendiri dengan dunia nya sendiri.

Mase bersilih ganti. Kini perempuan kecil itu sudah menjadi wanita dewasa. Lebih bersifat sederhana, lebih berusaha untuk memperbaiki diri,...dan merancang masa depan yang lebih baik. Tapi dia masih seorang perempuan yang suka tersenyum, ketawa and sesekali bersendiri untuk mencari ketenangan. Kerana Allah saja yang tau,....betapa wanita itu sebenarnyer menanggung beban yang lebih besar dari tubuh nya yang kecil itu..Hanya kepada Allah tempat dier mengadu. Menangisla..Luahkan segala-galanya..Mudah2an, segala kesusahan dan dugaan yang ditanggung dari kecil sehingga lah menjengah dewasa kini, dapat ditempuh dengan penuh sabar dan yakin,..ada sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untuk nya..Ganjaran di atas kesabaran dan dugaan yang mendatang satu persatu..InsyaAllah...

Dia pasti,..bahawa Allah takkan menguji seseorang hamba Nya itu,..Melainkan di atas kemampuan hamba Nya itu sendiri.............................

Monday, 21 May 2012

Selamat Datang Bulan Rejab 1433H =)


Sabda Nabi S.A.W.: Ketika malam aku dimikrajkan aku melihat sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih dingin daripada salji , lebih wangi daripada kasturi. Maka aku bertanya : “ Wahai Jibrail, untuk siapa ini semua ?” Jibrail menjawab : “Untuk mereka yang membaca selawat untukmu pada bulan Rejab,” Nabi bersabda : “ Taubatlah kamu sekelian kepada Allah dan mohonlah keampunan dari dosa-dosamu dan jauhilah daripada perbuatan maksiat pada bulan haram yaitu Rejab,”

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Beribadah di bulan Rejab memiliki ganjaran yang sangat besar, terutama dengan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat dari dosa-dosa. Dan malam pertama bulan Rejab merupakan malam yang istimewa, kerana doa sangat besar kemungkinan diterima oleh NYA di malam ini. Dalam sebuah hadits dikatakan, “Ada lima malam ketika doa di malam-malam itu tidak ditolak: malam pertama bulan Rejab, malam Nishfu Sya’ban, malam Jum’at, malam `Idul Fithri, dan malam nahar (Aidil Adha).”

Rasulullah SAW juga bersabda, “Perbanyaklah istighfar oleh kalian, kerana, barang siapa membanyakkannya, Allah akan memberinya kelapangan dari setiap kedukaan dan kesedihan serta menganugerahkannya rezki yang tak disangka-sangka.” Dalam Sunan Abi Dawud dan Sunan Ibnu Majah terdapat hadits dari Ibnu Abbas, ia mengatakan, “Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah akan memberikan jalan keluar dari setiap kesempitan, kelapangan dari setiap kesedihan, dan memberinya rizki yang tak diduga.”
Di antara doa yang sangat baik untuk kita amalkan sepanjang bulan Rejab adalah doa singkat berikut:
"Allahumma baarik lanaa fii rajaba wa sya’ban wa ballighnaa ramadhan"
Ya Allah, berilah keberkahan kepada kami di bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”...

Bacaan terbaik di bulan Rejab adalah Sayyidul Istighfar, penghulu doa permohonan ampunan, atau doa-doa taubat lain yang banyak terdapat dalam Al-Quran. Baik juga membaca doa-doa memohon keampunan yang diajarkan para sahabat Nabi dan ulama salaf yang terdapat dalam kitab-kitab mu’tabar. Seperti Istighfar Syaikh Abdul Qadir Jailani yang terdapat dalam kitab Al-Ghunyah, Istighfar Rejab-nya Sayyid Hasan bin Abdullah Ba’alawi, dan shalawat taubat yang dikarang oleh Sayyidina Ali bin Abi Thalib.
Biasanya para ulama yang mengajarkan doa-doa taubat juga menerangkan keutamaannya. Syaikh Abdul Hamid Al-Qudsi, seorang ulama yang mengajar di Masjidil Haram, misalnya, dalam kitabnya, Kanzun Najah was Surur menjelaskan, bahwa Imam Wahb bin Munabbih berkata :
Barang siapa membaca ‘Allahummaghfir li warhamni wa tub’alayya, (Ya Allah ampunilah hamba, sayangi hamba, dan terimalah taubat hamba) tujuh puluh kali pagi, tubuhnya tidak akan tersentuh api neraka.”
Amalan lain yang dianjurkan di bulan Rejab adalah berpuasa. Paling sedikit satu hari, yakni di hari pertama. Puasa dalam bulan Rejab, sebagaimana dalam bulan-bulan mulia lainnya, hukumnya sunnah.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.


MARI SAMA2 PERBANYAKKAN AMALAN DI BULAN REJAB. MUDAH2AN ALLAH MENGAMPUNI DOSA2 KITA YG TELAH LALU DAN YG AKAN DATANG DAN MENERIMA AMALAN2 KITA. AMINN....

Antara skandal, Isteri dan ............................

Bile dah lame x jumpe kawan lame yang tetibe je muncul,..hati rase seronok and happy. Coz dia salah seorang kawan baik lelaki yang aku kenal lebih dari 6 tahun. Teringat masa mule2 bekerja satu tempat dgn dier. Cepat serasi. Kuar makan same2 ngan kawan2 lelaki dkt opis dalam 15 org walaupun aku sorang je pompuan. Tapi dier dan kawan2 still respect aku sebagai seorang perempuan. Selalu ade time aku susah and senang..Selalu buat aku happy time aku sedih..Dulu, aku selalu teman dier pegi hantar komputer2 ke sekolah2 and customer2 yg lain. Kene ikut sebab nak buat report cara kerja kat bos. Sambil2 belajar apa yang patut.

Teringat ada satu mase tu, hantar komputer kat rumah customer yg ada bele anak beruk dalam umah. Sambil aku tulis2 buat report, sambil usha2 beruk.Takut2 dier melompat terkam aku ke ape ke kan. Nak dijadikan cerita, mmg anak beruk tetibe melompat kat tangan aku. Ape lagi,..habis pinggan pakcik tu aku baling kat beruk, dek kerana terlalu terkejut..Hehehehe...Sorry pakcik.... ='p

Mase berlalu......Tiap kali dier ade gf baru, mesti dier tunjukkan kat aku. Dier kadang2 x puas ngan sorang. Then aku sebagai kawan, nasihat gak. Takut satu hari nanti, perempuan2 yang dia sakiti tu akan datang balik susahkan hidup dier. Nasihat aku diterima dgn hati yg terbuka dan berjanji untuk berubah. Alhamdulillahh. Tahun berganti tahun...Akhirnya dia selamat berkahwin dan telah dikurniakan 2 org anak. Tapi,....takdir menentukan segala nya. Dia telah jatuh hati pulak kat sorang perempuan yang aku kire boleh tahan gak baiknya. Seorang anak yatim piatu yg dibela oleh keluarga angkat. Seorang yang lemah lembut, kuat berusaha dan berkerjaya. Kawan aku ni mmg dah niat nk jadikan dia sebagai isteri ke-2 dan tak mahu ade org lain lagi yang mengambil kesempatan di atas perempuan tu lagi. Dan dugaan sekali lagi datang..................

Kawan aku dan perempuan tu siap dapat ugutan dari "seseorang" iaitu bekas kekasih kawan aku yang td ni. Mengugut sampai perempuan yg anak yatim piatu ni tadi hilang kerja, di halau dari rumah sewa,...kene perhati dgn beberapa orang yang selalu memerhati gerak geri dia. Aku jadi kesian kat perempuan ni. Bukan salah die. Malah die siap nak undur diri dari menyusahkan kawan aku dan isterinya. Siap org jahat datang ke umah ugut sambil bwk parang. Walaupun dah buat report, tp untuk masa depan, dier sanggup buat ape saje demi kebahagiaan org yg dier sayang. And tetibe aku jadi marah kat kawan lame aku ni. Sebab ape yang aku katekan dulu, betul2 dah terjadi.

Skang ni, perempuan tu tu dah tuka no. hp, pindah rumah and dapat kerja baru. Aku harap lepas ni, dia dapat mulekan hidup baru. Bukan salah dier..Salah kawan aku sebab x berterus terang...Cume satu je aku pesan kat kawan aku tu....Lepas ni, buat sesuatu tu,..pikirkan la jugak mase depan. Memang kadang2 mungkin rase bangga or seronok kalau ramai skandal. Tapi tanggungjawab??...Tak banyak, mesti ade sikit yang kurang. Dan jawablah di akhirat nanti, mana perginya tanggungjawab kite tu?..Mana perginya adil?...And yang penting,...berterus terang...............



Friday, 18 May 2012

Menghitung Hari

Just now,...aku baru tgk kalendar..Kire punye kire, tinggal lebih kurang 100 hari lg sebelum mase yang dinanti-nantikan tu tibe. Dah bersedia ke aku ni?..Masih banyak kekurangan. Tapi InsyaAllah, sentiasa berusaha untuk menjadi yg lebih baik pada masa akan datang. Hujung bulan ni nak balik kg. Nak settle dua-tiga perkara yang x settle lagi. Kene pandai bahagikan masa..

Sekarang ni, nak pikirkan goodies yg sesuai untuk diberi pada tetamu..(Ade sesape nak bg sponsor?)Hehehe... Nak sesuatu yg comel2..Coz aku memang suke sesuatu yg comel2. Hehehehe..Aku harap, segala urusan aku, si dia dan keluarga ke dua-dua belah pihak dipermudahkan Allah..Aminnnnnnnn.... ^_^

Photo Shoot selepas Majlis Pertunangan ku dengan si dia...

Wednesday, 9 May 2012

Listing for My Big Day!


Bismillahirrahmannirrahimmmm....
Assalammualaikum w.bt.

Pejam celik pejam celik, tinggal lagi beberapa hari je lagi untuk aku tamatkan status "bujang" aku ni..Hehehehe..Masa berlalu dengan begitu cepat. Terasa banyak bende lagi yang aku nak kene settle kan...Baik list down skit2 ape yang dah, ape yang belum... =)

Pihak Perempuan

1. Sijil kursus kahwin - settle
2. Baju nikah / sanding - settle (Kasut kene beli sendiri)
3. Pelamin - settle
4. Make up - settle
5. Photographer - Settle
6. Kad Jemputan - Dah order ( baru bayar separuh =p)
7. Dewan - Settle
8. Catering - Need further discussion
9. Hantaran - Gubahan by my sis for both side
10.Goodies - x confirm lagi
11.Pengapit - Settle
12.PA System + Pengacara Majlis - Abah Sponsor-Settle
13.Kompang - Mak Sponsor

Akad Nikah

1. Wali - ok
2. 2 org saksi - ok gak. dah ade.

Borang2 and yg sewaktu dengannya

1. Borang nikah - Baru bley start apply awal bln 6 ni..(Borang 2C & 2D)
2. HiV Test - InsyaAllah dalam masa terdekat.

Lain-Lain
1.Hiasan bilik - By my sis
2.Bunga Pahar - My sis
3.Cake - My Sis
(Bertuah rasenyer...adik beradik perempuan ramai)... =)


Itu je setakat ni nak update..Nanti update lagi yer... ^_^