ASSALAMMUALAIKUM..WELCOME TO MY BLOG!.I'M JUST A SIMPLE PERSON WHO ALWAYS TRYING TO IMPROVE MYSELF..IN ORDER TO SEARCHING THE BLESSING OF ALLAH...IT'S ALL ABOUT MY STORY, MY LIFE, MY WORLD!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 14 February 2014

Menyingkap tabir 2014!..

Alhamdulillahhh........

Baru berkesempatan nak update blog ni. This is the 1st story in 2014 that i will gonna share with uols.

Tanggal 15 Oktober 2013 yang lepas, aku telah selamat melahirkan seorang baby boy yang comel dan sihat (Alhamdulillah) seberat 3.9kg secara normal di Hospital Pusrawi Kota Damansara. Sehari sebelum tu,..aku dah memang rasa sakit2 and doc pun suruh stay je kat wad kalau nak stay. Tapi aku x nak. Nak balik rumah dulu. Sebab apa?..Sebab 15hb tu hari raya haji. So aku nak balik rumah dulu makan rendang, ketupat, lemang yang mak aku dah sediakan..Hahaha!..So petang 14hb tu balik la damansara balik. And sempat la makan makanan2 tu semua.

Then tengah malam tu....jeng..jeng..jeng...start pukul 1 terasa perut memulas mulas. Skit2 nak ke toilet. Tak boleh nak pejam mate. Husband pun dah x senang tido. Risau jugak. Then bila dah sampai pukul 3 pagi, sakit makin kuat and memang aku dah tak tahan. Terus siap2 gerak ke hospital pukul 3 pagi tu. Dipendekkan cerita, setelah berhempas pulas (hehehehe),..lahir lah anakanda ku Ahmad Uqasyah bin Mohamad Syamil pada pukul 7.46 pagi. Terima kasih baby, bagi ibu makan lemang dulu baru keluar ye..Hehehe..Tapi aku rase cam malu plak nak pegi spital tu lagi..Hahaha!..Kuat gak aku jerit kot. Tapi Alhamdulillah,..aku ngan baby selamat. Syukur Ya Allah..

Dan bulan ini juga umur ku telah bertambah lg satu angka. Terima kasih ya Allah beri kesempatan untuk aku memperbaiki amalan ku dan kehidupan ku. Sekejap je mase berlalu kan?..Pejam celik pejam celik..Bile balik kampung, mak ngan adik selalu cakap,..tak sangke aku dah kawin..x sangke aku dah ade anak..Hehehehe..Paham x maksud dorang?...Ngeeeeeeeeeeee.....

Ok la, ade mase nanti aku update lg citer2 sensasi dari aku hokey?..Tungguuuu...


Sekian...



Ahmad Uqasyah. 3 Months old..Hehehehe...saje buli anak


comel x?..15hb ni qasyah dah masuk 4 bln

Monday, 2 September 2013

Because You Loved Me - Celine Dion (with lyrics)



Haiiii...Assalammualaikum and Gud day every one!...Lamenyer Puan Lizz ni x mengupdate belog iyer?...Start sebelum bulan puasa hari tu agak bz skit. Dan sepanjang 2-3 bln ni, beberapa perkara penting berlaku dalam hidup aku. Antaranya, dah start sibuk kumpul barang2 persediaan untuk baby and untuk aku skali. Siap beli bag and bekas utk storage barang2 tu semua. Kene listing and tick mane yang dah settle and mane yang belum. And Alhamdulillah,..dah 95% settle...34 Weeks~..Bape minggu je lagi ni....  ^_^

Hurmmm,...31 Ogos yang lepas ni pulak,...Merdeka!...Yeyyyyy!...Bukan happy sebab merdeka je. Happy coz tarikh 31 Ogos ni adalah tarikh ulangtahun perkahwinan ku yg ke 1 tahun bersama suami tercinta, Mohamad Syamil Bin Mohamad Asraff. Tak sangke dah satu tahun ye yang?..Alhamdulillahhh. Syukur ku pada Allah yang mengatur perjalanan hidupku dengan indah skali. Yang menjadikan pahit itu manis, derita itu kekuatan, kesusahan itu permulaan kebahagiaan...Terima Kasih Ya Allah..

Ok, berbalik pada cerita sambutan ulangtahun tadi,..aku dan hubby just raikan ala kadar je. Hari Jumaat lepas yang lepas, aku agak terharu gak la..Coz dapat sejambak bunga Ferrero Roche yang dihantar ke opis aku. Senyum x sudah bile ade apek tu tolong hantarkan. Nak buat kerja pun cam dah malas petang tu..Hehehehe... Then petang tu lepas habis kerja,.. kami bersiap siap lepas maghrib and terus menuju ke Baskin Robbin ambik Kek ice cream. Lepas tu terus ke Vivo Pizza The Curve. Aku bawak skali hadiah untuk dia berserta kad ucapan. And nasib baik adik aku ade untuk tolong jadi camerawomen kiteorg..Hahahha!..Bagus..Bagus...Upah dia, belanja makan and gi massage..Bape kali ntah ambik gambar. Ye la kan..Tahun pertama ni. Harap2nyer tahun2 akan datang pun kami tetap akan meraikannyer sama2. InsyaAllah...Suke dia dapat hadiah ek?...  ^_^

Terima Kasih lah kepada suami ku yang tercintayang tak pernah jemu2 melayan perangai isteri kamu yang agak "terlebih aktif" skit ni. Dari seorang perempuan yang agak berperangai kelelakian kepada seorang wanita yangg..yang.....yang ape ye?...Yang lebih menjurus kepada kewanitaan la senang citer. Hahahaha!..Terima kasih kerana selalu mengingatkan, sentiasa bagi semangat, sentiasa jadi teman time suka dan duka..dan sentiasa pandai mengambil hati adinda ni di kala tengah bersedih atau susah hati.................(eh,....mane plak tetibe datangnye habuk ni..berair mate)...  :'P

Ok la,..kat sini aku letakkan skit gambar2 mase anniversary kiteorg yg lepas tu. And lagu kat atas tu, aku tujukan special untuk suami ku yang tercinta...Lebbiu so much la laling!....  ^_^


Ice Cream Baskin Robbin yang saaaaaangat2 sedap!...

Ok, potong kek plak......^_^

Makanan yang dah di order. Carbonara Spagetti best!.

Pose bersama hadiah memasing jap

A special kiss from from hubby on special day..  <3 p="">

Aummmmmmmmm!!....

Thanks to my lil sis yg tlg ambik gambar..  ^_^

On our anniversary....  ^_^

From my laling..Sampai skang sayang nk makan coklat ni.. :)

Kami ~ Sebelum balik. Luv u sayang..  ^_^

Friday, 12 July 2013

Injection Kancing Gigi / Anti Tetanus Toxoid (ATT)

Assalammualaikum, Salam Ramadhan...


Huwaaaaaaaa......cam lame je aku x update blog ni. Actually banyak perkara and banyak aktiviti yang aku nak ceritakan kat dalam blog ni. Tapi tu la..maseeee...maseeee...rase macam tak cukup je..

Ye memang betul. Weekend selalunya ingatkan dapatlah berehat kat umah. Tapi sentiasa je ade aktiviti yang memang x dapat nak dielakkan. Sampailah dah masuk bulan yang mulia ni. Esok, sabtu nak balik kg husband kat Melaka. But before that, kene gi Hospital Pusrawi Kota Damansara dulu untuk monthly checkup. Nak tengok perkembangan my baby yg dah nak masuk 27 minggu ni. Mudah2an semuanya baik2 je.

Teringat appointment last month ngan Doc. Doc bagitau kena ambil injection untuk kancing gigi dimana setiap ibu yang mengandung memang perlu untuk ambik injection ni. Untuk ibu yang pertama kali hamil, sebanyak 2 suntikan akan diberikan. Satu untuk bln lepas, satu lagi?,...untuk appointment esok..Aduhhhh...dah terbayang dah lenguh sebelah badan. Last month hari tu, aku memang x kisah kalau doctor nak inject ke nak bg ubat ke..coz aku tau yang injection tu pun untuk kebaikan ibu and baby. And memang dari sekolah dulu aku x takut pun nak kene inject. Siap tengok doctor or missy tu inject skali. Orang lain siap pandang tempat lain or pejam mata or ade yang menangis..Tapi aku coollll je...Well,~~~~ITU DULU!~...Hehehehe....Last month mase doctor nak inject kancing gigi untuk 1st time tu, memang aku nak tgk. Tapi mak aii!..Tetibe je rase jarum suntikan tu macam panjang sangat. Aku sempat tgk sekejap je. Agak sakit jugak la. Then doctor tanye,.. "Sakit ke?"...Aku jawab "Biasa2 je doctor"...Then doctor bagitau yang kesan injection tu kite akan rase lepas beberapa jam and maybe lenguh untuk mase 2-3 hari...

Yeeeeeeeeeeeee...Tgh hari pas injection tu ok lagi. Tapi lepas 2-3 jam, tangan kiri yang kene injection tu rase cam lenguh2 and panas je. Bile aku pegang, loooooo kesian. aku demam sebelah badan kot. Hehehehe..Memang xley tersentuh skit kat tempat inject tu. Memang bengkak and jadi merah skit..Sampai kan kalo time jalan2 ngan hubby, bile terkene skit kat tempat inject tu,..otomatik terjerit and TERjeling hubby. Haishh!...x baik..x baik..hubby x sengaja...Hehehe..Sory yang..So lepas injection tu, memang akan rasa lenguh sampai beberapa hari. Bengkak and demam sebelah badan mase tu hampir dkt seminggu jugak la. Mase tu aku memang tak boleh nak buat keje pakai tgn kiri. Hubby yang banyak tolong. Bile nak tido pun x bley nak mengiring sebelah kiri. Kene sebelah kanan je...So untuk esok, aku kene jage kesihatan baik2 sebab lepas 2nd injection ni nanti,..mungkin akan rase demam or x larat nk keje. Tapi kene kuat jugak!...Semangat..Semangat...

Agak2 boleh ke aku senyum mcm ni time kene inject esok?..Hehehehe

Bagi sesape yang tak tau kenapa ibu2 mengandung perlu ambik Injection Kancing Gigi @ ATT ni,...meh nak explain..."Tujuan diberikan adalah untuk ibu hamil membentuk antibodi untuk sebarang kemungkinan yang akan dihadapi akibat dari pendarahan/ kuman yang mudah di jangkiti yang akan terjadi kesan daripada bersalin. Oleh itu, ianya adalah merupakan satu langkah preventif untuk menghindar sesuatu perkara yang buruk terjadi kepada ibu dan kandungannya. Penggunaan ATT tidak akan menyebabkan kecederaan kepada janin. Ini adalah kerana vacin yang diberikan tidak dapat melalui placenta. " Pendapat Dr. Zubaidi pulak: http://drzubaidi.com/blog/?p=1390 :"Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko. Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan"...


Ok, kesimpulannya, injection untuk kancing gigi tu memang penting untuk ibu2 mengandung ye..So untuk esok....hurmmmm...dah terbayang dah jarum suntikan yang panjang tu...