ASSALAMMUALAIKUM..WELCOME TO MY BLOG!.I'M JUST A SIMPLE PERSON WHO ALWAYS TRYING TO IMPROVE MYSELF..IN ORDER TO SEARCHING THE BLESSING OF ALLAH...IT'S ALL ABOUT MY STORY, MY LIFE, MY WORLD!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 12 July 2013

Injection Kancing Gigi / Anti Tetanus Toxoid (ATT)

Assalammualaikum, Salam Ramadhan...


Huwaaaaaaaa......cam lame je aku x update blog ni. Actually banyak perkara and banyak aktiviti yang aku nak ceritakan kat dalam blog ni. Tapi tu la..maseeee...maseeee...rase macam tak cukup je..

Ye memang betul. Weekend selalunya ingatkan dapatlah berehat kat umah. Tapi sentiasa je ade aktiviti yang memang x dapat nak dielakkan. Sampailah dah masuk bulan yang mulia ni. Esok, sabtu nak balik kg husband kat Melaka. But before that, kene gi Hospital Pusrawi Kota Damansara dulu untuk monthly checkup. Nak tengok perkembangan my baby yg dah nak masuk 27 minggu ni. Mudah2an semuanya baik2 je.

Teringat appointment last month ngan Doc. Doc bagitau kena ambil injection untuk kancing gigi dimana setiap ibu yang mengandung memang perlu untuk ambik injection ni. Untuk ibu yang pertama kali hamil, sebanyak 2 suntikan akan diberikan. Satu untuk bln lepas, satu lagi?,...untuk appointment esok..Aduhhhh...dah terbayang dah lenguh sebelah badan. Last month hari tu, aku memang x kisah kalau doctor nak inject ke nak bg ubat ke..coz aku tau yang injection tu pun untuk kebaikan ibu and baby. And memang dari sekolah dulu aku x takut pun nak kene inject. Siap tengok doctor or missy tu inject skali. Orang lain siap pandang tempat lain or pejam mata or ade yang menangis..Tapi aku coollll je...Well,~~~~ITU DULU!~...Hehehehe....Last month mase doctor nak inject kancing gigi untuk 1st time tu, memang aku nak tgk. Tapi mak aii!..Tetibe je rase jarum suntikan tu macam panjang sangat. Aku sempat tgk sekejap je. Agak sakit jugak la. Then doctor tanye,.. "Sakit ke?"...Aku jawab "Biasa2 je doctor"...Then doctor bagitau yang kesan injection tu kite akan rase lepas beberapa jam and maybe lenguh untuk mase 2-3 hari...

Yeeeeeeeeeeeee...Tgh hari pas injection tu ok lagi. Tapi lepas 2-3 jam, tangan kiri yang kene injection tu rase cam lenguh2 and panas je. Bile aku pegang, loooooo kesian. aku demam sebelah badan kot. Hehehehe..Memang xley tersentuh skit kat tempat inject tu. Memang bengkak and jadi merah skit..Sampai kan kalo time jalan2 ngan hubby, bile terkene skit kat tempat inject tu,..otomatik terjerit and TERjeling hubby. Haishh!...x baik..x baik..hubby x sengaja...Hehehe..Sory yang..So lepas injection tu, memang akan rasa lenguh sampai beberapa hari. Bengkak and demam sebelah badan mase tu hampir dkt seminggu jugak la. Mase tu aku memang tak boleh nak buat keje pakai tgn kiri. Hubby yang banyak tolong. Bile nak tido pun x bley nak mengiring sebelah kiri. Kene sebelah kanan je...So untuk esok, aku kene jage kesihatan baik2 sebab lepas 2nd injection ni nanti,..mungkin akan rase demam or x larat nk keje. Tapi kene kuat jugak!...Semangat..Semangat...

Agak2 boleh ke aku senyum mcm ni time kene inject esok?..Hehehehe

Bagi sesape yang tak tau kenapa ibu2 mengandung perlu ambik Injection Kancing Gigi @ ATT ni,...meh nak explain..."Tujuan diberikan adalah untuk ibu hamil membentuk antibodi untuk sebarang kemungkinan yang akan dihadapi akibat dari pendarahan/ kuman yang mudah di jangkiti yang akan terjadi kesan daripada bersalin. Oleh itu, ianya adalah merupakan satu langkah preventif untuk menghindar sesuatu perkara yang buruk terjadi kepada ibu dan kandungannya. Penggunaan ATT tidak akan menyebabkan kecederaan kepada janin. Ini adalah kerana vacin yang diberikan tidak dapat melalui placenta. " Pendapat Dr. Zubaidi pulak: http://drzubaidi.com/blog/?p=1390 :"Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko. Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan"...


Ok, kesimpulannya, injection untuk kancing gigi tu memang penting untuk ibu2 mengandung ye..So untuk esok....hurmmmm...dah terbayang dah jarum suntikan yang panjang tu...