ASSALAMMUALAIKUM..WELCOME TO MY BLOG!.I'M JUST A SIMPLE PERSON WHO ALWAYS TRYING TO IMPROVE MYSELF..IN ORDER TO SEARCHING THE BLESSING OF ALLAH...IT'S ALL ABOUT MY STORY, MY LIFE, MY WORLD!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 12 April 2013

Apakah dia Solat Menghormati Waktu?...

SOLAT DALAM KENDERAAN

Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti.

Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tanpa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu dan WAJIB di qada' kemudiannya. Jika ianya solat sonat tidak perlu mengqada'nya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya.

PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN

Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan

Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.

Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram

Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa

Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.

Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.

Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal sepeertu biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.

Kita tidak perlu mengubah tempat duudk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukat arah.

APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU ?

Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.

Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi megqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah.

Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa

Sumber rujukan : http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/solat_musafir.asp


---------------------------------------------------------------------------------------

1. Solat hormat waktu

Suatu tanggapan umum di dalam masyarakat ini ialah: jika seseorang itu tidak dapat melaksanakan solat dalam bentuk yang biasa diamalkan, dia hendaklah melakukan ‘solat hormat waktu’. Antara situasi yang memerlukan perkara itu seperti tidak dapat ‘menyempurnakan wuduk’ lantaran tangan atau kaki atau mana-mana anggota wuduk tidak boleh dibasuh seperti biasa atau berada di dalam kapal terbang atau seumpamanya. Apabila keadaan itu sudah pulih, wajib ke atas orang yang ‘solat hormat waktu’ itu mengqada’ kembali solat tersebut.

Para sahabah di zaman nabi S.A.W. A’isyah r.a menceritakan :
Terjemahan : «Bahawasanya beliau telah meminjam daripada Asma’ seutas rantai, lalu ia hilang. Maka Rasulullah S.A.W menghantar beberapa orang sahabat baginda untuk mencarinya. Lalu tiba waktu solat, dan merekapun solat tanpa wuduk. Apabila mereka mendatangi Nabi S.A.W, mereka mengadu hal tersebut, lalu turunlah ayat Tayammum»[8]

Al-Hafiz Al-Iraqi (725-806H) menyatakan bahawa ada empat pendapat dari Al-Syafi‘i berhubung solat tanpa taharah. Pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab (Al-Syafi‘i) ialah: wajib solat kerana menghormati waktu dan wajib mengulanginya jika mampu salah satu daripadanya (wuduk atau tayammum).[9] Pendapat yang keempat ialah: wajib solat dan tidak wajib mengulanginya. Ini adalah pilihan Al-Muzani, kata Abu Thaur : inilah yang menepati qiyas dan ia disebut oleh Ibn ‘Abd Al-Barr daripada sebilangan fuqaha’. Kata Al-Nawawi : sesungguhnya ia pendapat yang paling kuat dalil dan pendapat ini dikukuhkan oleh hadith ini iaitu mereka (para sahabah) solat tanpa wuduk sebelum turun ayat tayammum, dan tidak dinukilkan bahawa nabi S.A.W mengarahkan mereka untuk mengulanginya.[10]

Rujuk:
[8]. Al-Ansari, Zakaria Bin Muhammad. Syarh Al-Bahjah Al-Wardiyyah. http://www.al-islam.com
[9]. Al-Haithami. Majma‘ Al-Zawa’id wa Manba‘ Al-Fawa’id. http://www.alwarraq.com
[10]. Al-Iraqi, Abd Al-Rahim Bin Al-Hussain. Tarhu Al-Tathrib. http://www.al-islam.com




Thursday 11 April 2013

Persediaan pindah ke rumah baru - PART 1

Start bulan April ni, every weekend kami dah penuh dengan aktiviti kat umah baru. Cadangnye nak duduk kat umah baru di Condo Perdana Exclusive on next month. So, kene la start mengemas apa yang patut.

Actually rumah tu kosong je setakat ni. Tapi ada kabinet dapur, water heater, almari kain dan tilam queen. Tuan umah lama x nak ambik plak. Aku suke umah baru ni ruang dia agak luas, susunan bahagian dapur yang kemas dan yang paling penting, persekitaran yang lebih baik dengan sistem keselamatan yang diperketatkan. Nak masuk situ kene ade security card. Rumah kami dekat tingkat 3. And lift betul2 berdepan dengan tempat parking kete. Alhamdulillah. Kawasan persekitaran plak bagi aku sangat bersih. Takde kesan2 conteng ke ape ke. Elok untuk anak aku yang bakal lahir nanti... ^_^

Satu lagi, bila duk sini, terasa macam bercuti dengan husband plak. Siap ade swimming pool, gym, badbinton court, tempat jogging and tempat massage..Hehehehe...Hari minggu yang lepas, keluarga mertua aku sampai dari Melaka. Nak tolong ape yang patut. So hari sabtu tu, tugas pertama kami adalah menyapu, mengemop, mengelap, memasang langsir dan macam2 lagi. Hari ahad plak. Aktiviti mengecat pagar and balkoni. Penat giler!. Kesimpulannya, hari Isnin tu kami suami isteri ambik MC..Hehehehe...

Next, aku and suami jalan2 ke Nilai 3 untuk tgk perabot2 or ape2 yang sesuai untuk umah baru. Kami beli bantal, karpet, perhiasan ayat2 suci Al-Quran dan survey2 apa yang patut. Takpelah..kami buat sikit2. Penat woo...Lebih2 lagi dalam keadaan aku tgh preggy ni. En suami x bagi aku buat kerja-kerja berat. Tapi biasa lah..Aku xleh nak duk diam. Nak tolong jugak. Kalau penat, baring2 sekejap. :)

Minggu ni, kami cadang nak pindah skit barang2 apa yang patut. Nak mintak tolong adik aku skali tolong2 apa yang patut. Angkat barang2 mane yang boleh. Yang besar2 tu nanti biar lori yang angkat. Mudah2an Allah permudahkan segala kerja kami...Aminnnn....Ok now, jom layan gambar2 kat bawah ni jap.......


my sayang tgh mengecat


Aipp!..main sorok2 muke plak.. :)


yang ni dapur kami..suka kabinet dapur ni..


Bentang karpet jap (pilihan hubby)


Swimming pool berhadapan umah - Waktu siang


Swimming pool berhadapan umah - Waktu Malam


Dah penat mengemas, nak swimming jap...


Swimming sambil layan sunset


ohhh.ibu mertua ku pun nak exercise jap kat gym


Kami: Sebelum pulang... ^_^

Wednesday 3 April 2013

1st Checkup for my baby - 3 Months Old!. :)

Alhamdulillah...Tgh hari tadi pegi Klinik Swasta area TTDI untuk buat buku and 1st checkup. Pegi sorang2 je coz husband keje. Ikutkan bley je tunggu dia lepas habis keje nanti. Tapi xpela, klinik pun dkt kan..Pegi je la dulu. Jalan pelan2....

Dalam tengah berjalan tu, terpikir ntah ramai ke x kat klinik skang ni. Mudah2an x la ramai sangat. Coz perut lapa nak makan. Hehehehe..Then, sampai2 je kat klinik,...Alhamdulillahh..xde org pun. So xyah la tunggu lama2. Terus register and tunggu jap. Sambil2 tu, ber whatsapp dengan suami tercinta..Lebih kurang 5 minit menunggu.."Puan Norliza, bley masuk ye"..Kate staff nurse yang comel tu..Dengan Bismillah, ku ketuk pintu bilik Dr. Dr. Mahanum senyum je bile nampak aku masuk..

Dipendekkan cerita, ujian pertama yang Dr. buat adalah menguji tahap kolestrol/darah tinggi. Pastu, timbang berat badan,..pastu, cek nadi and buat urine test. Pastu, time scan pulak. Scan punye scan, terus nampak my baby..Allahuakbar. Tak dapat ku gambarkan perasaan di hati ini (jgn marah ek..skema skit ayat :'P)...Nampak baby tengah elok je landing kat dalam perut ibu sambil gerak2. Senang hati nampak ye baby..Rilek2 je...Baby gerak2kan tangan and kaki. Mungkin nak lambai2 kat ibu kot?..Then tetibe, tangan baby seolah-olah mcm org tgh main pok amai2..Hahahaha!..Nak tepuk tgn ke baby?..Ok la..Yeyyyy!..Ibu dah nampak baby..Alhamdulillah...Cume ayah je yg x dpt tgk lg. Just bley tgk gambar scan baby je dulu..Next time kite gi sesame ye ayah?..(Hehehehe..sayang skit!)..

Dr. Mahanum cakap, aku and baby sihat. Alhamdulillah.Alhamdulillah..Alhamdulillah..Terima Kasih ya Allah kerana memberi kesihatan yang baik kepada ku, kandungan ku, suami ku dan keluarga...

Settle je scan baby, terus tunggu kat kaunter plak untuk ambik ubat. Ubat Obimin skit punye beso lak aku tgk kapsul dia tu. Bley telan ke x ni?..Tapi demi baby, ibu makan je la nanti..Takpee..sehari sekali je pas mkn tgh hari. Hehehehe..Total checkup hari ni kene RM90..Lepas bayar, terus keluar dari klinik and beli nasi untuk lunch. Nasik putih, ikan kembung bakar cicah kuah asam and sayur kacang. Jap lg nak whatsapp kt hubby gambar scan baby. Dalam langkah, x putus2 ku panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. Mudah2an anakku selamat lahir ke dunia ni and jumpe ibu ngan ayah ye.....

K la, stop sini dulu..cam biase, ni gambar scan tadi..Nampak x?..Nampak x?..Nampak tak baby...Heheheheheh..


Baby 3 Months Old